Samsuri atau Radzi sesuai Ketua Pembangkang
"Ahmad Samsuri yang baru dilantik sebagai Pengerusi PN bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya adalah teknokrat dan pemimpin yang dilahirkan di luar keturunan politik.
"Pada pandangan peribadi saya, dua ahli Parlimen paling sesuai dilantik sebagai ketua pembangkang adalah Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri mewakili PAS atau Datuk Dr Radzi yang juga Naib Presiden BERSATU. Jika Ahmad Samsuri atau Radzi dilantik sebagai Ketua Pembangkang, ia akan memberi cabaran kepada Pakatan Harapan (PH).
"Jika PAS berasa perlu melakukan sedikit kelainan, terutama membabitkan pelantikan Ketua Pembangkang, Radzi paling sesuai dan layak," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu ketika ditemui media di pekarangan Stadium Tertutup Gong Badak, di sini.
"Ketua Pembangkang baharu perlu dilantik menggantikan Hamzah yang setakat ini tidak mempunyai parti selepas dipecat BERSATU, bulan lalu.
"Belum pernah berlaku pemimpin (ahli Parlimen) yang tidak mewakili parti menjadi Ketua Pembangkang,".
Datuk Razali Idris,
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU

