Hamzah Bertenggek - Ketua Penerangan Bersatu

Melaka Digest
By -
0


Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyatakan Dato’ Seri Hamzah Zainuddin sepatutnya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang selepas dipecat daripada parti.

Beliau berkata jawatan tersebut sebelum ini disandang Hamzah atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung BERSATU, Ahli Parlimen BERSATU serta wakil blok pembangkang Perikatan Nasional (PN).

“Apabila beliau dipecat dan bukan lagi ahli parti, adalah tidak wajar dia terus bertenggek pada jawatan itu jika masih mempunyai maruah dan rasa malu,” katanya.

Tun Faisal turut menegaskan bahawa Hamzah kini hanyalah Ahli Parlimen tidak berparti atau Ahli Bebas di Dewan Rakyat dan secara prinsipnya tidak sepatutnya memegang jawatan strategik yang diperoleh melalui parti.

Tambahnya lagi, berdasarkan prinsip di bawah Akta Lompat Parti 2022, Ahli Parlimen yang tidak lagi menjadi ahli parti yang diwakilinya sewaktu pilihan raya sewajarnya ditempatkan di blok Bebas.




Sumber
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)