Hamzah Tidak Akan Sertai 'Rumah Bangsa' Kerana Mahathir

Melaka Digest
By -
0

Apabila Hamzah membuat pendedahan bahawa beliau bertemu dengan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand atas arahan Mahathir maka terjawab lebih awal bahawa Hamzah tidak akan kembali kepada ke Rumah Bangsa.


Bagaimana Hamzah ingin kembali jika beliau sendiri mengaku bahawa ‘Langkah Siam’ itu rupanya adalah atas arahan Mahathir bagi menjayakan projek ‘Payung Besar’.

Menurut penganalisis politik tempatan, ini adalah projek untuk meletakkan kembali Mahathir ke pusat kuasa buat kali ketiga dan mungkin habuan untuk Hamzah adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri. BACA pengakuan Hamzah di SINI.

Menurut Hamzah, pertemuannya dengan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukanlah atas kepentingan peribadi, sebaliknya dilakukan atas mandat Mahathir melalui gagasan “payung besar” untuk menyatukan kepimpinan Melayu.

Satu perkara yang jelas adalah Hamzah bukanlah ‘master mind’ di dalam ‘pemberontakan’ dalaman Bersatu sehingga menyebabkan 19 ahli parlimen Bersatu sanggup melawan Muhyiddin. Ada yang berpandangan itu adalah gerakan yang dirancang oleh Mahathir sebagai membalas dendam terhadap Muhyiddin yang menjatuhkan kerajaannya dalam ‘Langkah Sheraton’ dahulu.

Ini membuktikan Hamzah tiada tokoh untuk memimpin kerana sanggup menjadi budak suruhan Mahathir. Jika Hamzah sendiri bertindak atas mandat pihak lain, maka wujud persepsi bahawa beliau bukan “mastermind” tetapi sekadar instrumen dalam permainan kuasa yang lebih besar.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)