Kenyataan Ketua Bahagian (Penaja) Tangga Batu dari Bersatu, Mohamad Ali Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ali Pasir, bahawa Melaka tidak memerlukan pelabur luar negara sekiranya Perikatan Nasional (PN) berkuasa?
Adakah ini pandangan rasmi parti atau sekadar retorik politik peribadi beliau?
Kenyataan beliau yang turut mengkritik lawatan kerajaan negeri ke luar negara sebagai “pembaziran” termasuk merujuk kepada lawatan ke Australia yang didakwa menelan belanja hampir RM2.3 juta mungkin kedengaran menarik di pentas politik tetapi realitinya jauh lebih kompleks daripada sekadar angka dan sentimen.
Dalam dunia sebenar, usaha menarik pelaburan bukanlah proses mudah yang boleh diselesaikan dengan slogan. Misi ke luar negara bukan sekadar “lawatan”, sebaliknya melibatkan rundingan, pembinaan jaringan strategik, serta keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan potensi sesebuah negeri.
Persoalannya, adakah wajar untuk menolak keseluruhan usaha tersebut hanya kerana ingin membina naratif politik jangka pendek demi meraih undi?
Kenyataan sebegini juga menimbulkan tanda tanya tentang tahap pemahaman terhadap asas ekonomi dan pelaburan. Proses menarik pelabur bukan seperti urusan mudah yang boleh menghasilkan pulangan segera. Ia memerlukan masa, strategi, serta komitmen berterusan daripada kerajaan negeri.
Seorang penganalisis ekonomi tempatan turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai terlalu simplistik, malah mengingatkan bahawa usaha ke luar negara bukan jaminan membawa pulang pelabur secara serta-merta.
“Kita keluar negara bukan terus dapat pelabur. Ia proses membina hubungan, bukan seperti jumpa kawasan pasir dan terus ‘cedok pasir masuk guni’,” jelas beliau.
Hakikatnya, pelaburan luar memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri, daripada penciptaan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi hinggalah kepada peningkatan hasil negeri.
Menolak kepentingan pelabur asing secara total bukan sahaja tidak realistik, malah berisiko menjejaskan daya saing Melaka dalam menarik peluang ekonomi baharu.
Dalam konteks ini, kenyataan Ali Pasir dilihat lebih cenderung kepada retorik politik berbanding satu cadangan dasar yang berpijak pada realiti ekonomi.
Lebih membimbangkan, apabila naratif seperti ini disebarkan tanpa penjelasan yang tepat, ia berpotensi mengelirukan rakyat dan menimbulkan persepsi bahawa pelaburan luar negara tidak penting sedangkan hakikatnya ia merupakan antara nadi utama pertumbuhan ekonomi negeri.
Dalam politik, retorik mungkin mampu meraih perhatian tetapi dalam ekonomi, hanya strategi yang realistik dan berasaskan fakta mampu membawa hasil kepada rakyat.
Dan Ali Pasir adalah bekas guru lepsan dari Institut Bahasa.
