Kesalahan Hamzah Lebih Berat Dari Ronald Kiandee

Melaka Digest
By -
0

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan keputusan menggantung atau memecat pemimpin parti, termasuk Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, bukan berada di bawah bidang kuasanya.

Muhyiddin berkata, Lembaga Disiplin parti berkenaan menilai setiap kes berdasarkan tahap kesalahan dan tanggungjawab seseorang pemimpin sebelum memutuskan bentuk tindakan yang wajar diambil. 

“Dia ada asas-asaslah, tapi ini bukan tugas saya. Lembaga Disiplin yang menimbang keberatan kes,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa perbezaan tindakan yang dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden BERSATU, Dato' Seri Hamzah Zainudin dan Ronald adalah berdasarkan tahap pelanggaran yang dilakukan. 

“Kita adalah parti yang amat demokratik… tetapi mereka tidak boleh berbuat sesuka hati, cakap sewenang-wenang dan melanggar perlembagaan parti.

"Hamzah sah pergi berunding tanpa ada kelulusan dan Ronald berkata dia juga berada di situ. Antara dua itu, siapa yang lebih berat memegang tanggungjawab?" jelasnya.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)