Konvoi Himpunan Politik: PAS Melaka Hantar Berapa Ribu Ahli?

Melaka Digest
By -
0


Bertemakan “Konvoi Bersama 4 MB” dan “Ijtimak Perpaduan Ummah Kali Ke-5 & Himpunan Alam Melayu 2026”, adakah PAS Melaka turut menyertainya memandangkan seruan bagi ahli PAS seluruh negara telah digerakkan bagi menampakkan ramainya yang hadir.

Jika dilihat, PAS terpaksa menggunakan tiga tema program termasuk khas untuk Melayu sahaja, “Himpunan Alam Melayu”, seolah meniru himpunan tahunan orang Islam di Selatan Thailand iaitu “Himpunan Melayu Raya”.

Penganalisi politik tempatan turut menempelak bahawa PAS memang terkenal dengan meniru ‘jenama’ dari pihak lain termasuk ‘Ijtimak’ yang mana jenama program ini sudah mula kerap digunakan.

Turut diselit bersama program ini ialah program “Malam Melayu Berselawat” yang diadakan 2 hari lebih awal, mungkin sebagai pencetus momentum untuk program “Ijtimak” di atas.

Ramai yang bertanya, apakah PAS tidak sensitif dengan isu kenaikan harga minyak dengan membuat program yang terang-terang membazir penggunaan minyak untuk berkonvoi?

Adakah PAS hanya bersandiwara apabila menyerang kerajaan pusat dengan isu kenaikan harga minyak dan di waktu yang sama menganjurkan program pembaziran minyak demi meraih undi?

Adakah PAS hanya bising tentang isu kenaikan harga minyak sebelum program dan selepas program ini sahaja?

Sampai bila ahli PAS boleh hidup dengan sandiwara pemimpin mereka yang memilih menyerang kerajaan pusat hanya untuk meraih sokongan rakyat?


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)