Krisis Asia Barat: Betulkah ADUN Bemban Berkelulusan Seorang Doktor?

Melaka Digest
By -
0

Dalam suasana geopolitik yang semakin tegang, muncul pula “pakar mee segera” dalam kalangan ahli politik tempatan. Kenyataan ADUN Bemban, Mohd Yadzil Yaakub yang mendakwa kerajaan “menggunakan krisis Asia Barat untuk menghalalkan kenaikan harga minyak” bukan sahaja dangkal, malah mencerminkan kegagalan memahami asas ekonomi global. Tidak hairanlah Khairy Jamaluddin menyifatkan pembangkang hari ini sebagai antara yang paling tidak berguna kerana isu besar diterjemah menjadi retorik politik murah.


ADUN Bemban samada sengaja atau jahil berhubung kaedah penentuan harga minyak.

Harga minyak mentah dunia ditentukan oleh pasaran antarabangsa seperti Brent Crude dan WTI. Malaysia, walaupun pengeluar minyak tetap terikat dengan harga global. Apabila berlaku konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran dan Israel maka pasaran akan bertindak balas serta-merta. Risiko gangguan bekalan menyebabkan harga melonjak. Ini bukan teori tetapi mekanisme asas ekonomi tenaga.

Malah lebih meruncing apabila berlakunya ‘krisis Selat Hormuz’ di mana lebih 20% bekalan minyak global melalui laluan ini. Sebarang ketegangan melibatkan Iran secara langsung meningkatkan risiko kepada laluan tersebut. Apabila risiko meningkat, harga insurans kapal naik, kos penghantaran meningkat dan pasaran akan “price in” ketidakstabilan ini. Akhirnya, harga minyak global turut naik. Ini bukan konspirasi tetapi ini matematik pasaran.

Paling memalukan adalah ADUN Bemban, Melaka ini sengaja memberikan gambaran yang salah. Kerajaan Malaysia tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga sesuka hati. Malah, melalui mekanisme subsidi bersasar, kerajaan masih menanggung sebahagian kos bagi mengurangkan beban rakyat. Tanpa subsidi, harga runcit akan jauh lebih tinggi dan terus mencerminkan harga pasaran global sepenuhnya.

Perang atau ketegangan melibatkan negara pengeluar minyak seperti Iran akan memberi kesan langsung kepada sentimen pelabur dan pedagang komoditi. Bila pasaran menjangka bekalan mungkin terganggu, harga akan naik walaupun gangguan sebenar belum berlaku. Ini adalah prinsip asas dalam perdagangan komoditi global.

Jadi di mana lojik kenyataan bekas Ketua Pembangkang DUN Melaka yang mengatakan kerajaan “menggunakan krisis” untuk menaikkan harga minyak seolah-olah Malaysia mengawal pasaran global adalah satu simplifikasi melampau. Ia mengabaikan struktur sebenar ekonomi tenaga dunia dan hanya bermain pada persepsi.

Lebih ironik, kenyataan ini datang daripada seorang yang berkelulusan profesional. Sepatutnya, latar belakang akademik membantu menjelaskan isu dengan lebih tepat dan bukan menambah kekeliruan awam.

Naratif seperti ini mungkin mudah mendapat perhatian tetapi ia merendahkan tahap rakyat Melaka terhadap dirinya sendiri. Rakyat hari ini bukan lagi bergantung kepada slogan tetapi kepada penjelasan yang berasaskan fakta. Apabila isu global yang kompleks diringkaskan menjadi tuduhan politik, ia bukan sahaja mengelirukan, malah mencerminkan kemalasan intelektual.
 
Link di SINI
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)