Video: Bagaimana Wakil Rakyat PAS Hanya Lulus Bahasa Arab Beri Kuliah Tafsir?

Melaka Digest
By -
0

Tular sebuah video yang memaparkan kenyataan dari ‘kuliah ugama’ seorang wakil rakyat PAS di sebuah masjid, Shahrir Long yang dilihat seolah-olah menyokong budaya takfir iaitu melabel sesama Muslim sebagai kafir dalam kuliah agama.


Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan serius, bukan sekadar kerana kandungannya tetapi kerana ia melibatkan seorang wakil rakyat yang membawa imej agamawan. Lebih membimbangkan, ia seakan bertentangan dengan titah Sultan yang sebelum ini menegaskan agar masjid tidak dijadikan pentas politik kepartian.

Isu ini tidak boleh dianggap sebagai perbezaan pandangan biasa. Ia menyentuh asas perpaduan umat Islam. Seorang wakil rakyat yang dihormati dalam masyarakat sepatutnya berperanan meredakan ketegangan, bukan menyemarakkan retorik yang boleh memecahbelahkan. Dalam konteks masyarakat majmuk dan sensitif seperti Malaysia, ceramah atau kuliah yang menyentuh soal akidah perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab dan disiplin ilmu yang tinggi.

Dalam Islam, konsep takfir bukan perkara remeh. Ia bukan alat politik, bukan bahan retorik ceramah dan jauh sekali sebagai senjata untuk menyerang lawan.

Rasulullah SAW sendiri memberi amaran keras dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa sesiapa yang menuduh saudaranya sebagai kafir, tuduhan itu boleh kembali kepada dirinya jika tidak benar. Ini menunjukkan betapa besar implikasi moral dan spiritual terhadap perbuatan tersebut, ia bukan sekadar salah dari sudut sosial tetapi juga membawa risiko dosa yang berat.

Persoalan lain yang timbul ialah soal kelayakan dan autoriti dalam menyampaikan kuliah berhubung tafsir quran. Berdasarkan maklumat yang tersebar, latar belakang akademik individu berkenaan dikaitkan dengan pengajian Bahasa Arab di Yaman dalam tempoh singkat sekitar 2006 hingga 2007.


Walaupun penguasaan bahasa adalah penting, tafsir al-Quran memerlukan disiplin ilmu yang jauh lebih mendalam, termasuk usul tafsir, ilmu hadis, fiqh dan pemahaman konteks semasa. Tanpa asas yang kukuh, tafsiran yang disampaikan berisiko disalah faham atau disalah guna.


Cerita wakil rakyat ini sama dengan isu calon PAS di pilihanraya Air Kuning, menggunakan masjid untuk menyebarkan tafsiran yang salah berhubung wahyu Allah.

Bagaimana dengan Majlis Agama, apa tindakan terhadap wakil rakyat ini?
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)