Cadangan terbaharu daripada Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari telah menunjukkan satu watak yang selama ini cuba disembunyikan kepada penyokongnya sendiri, sandiwara.
Pemimpin PAS ini lebih memilih kepentingan sendiri daripada keutamaan rakyat?
Dalam kenyataannya, beliau mencadangkan agar kerajaan memansuhkan peruntukan khas sekitar RM3.5 juta yang diagihkan kepada setiap Ahli Parlimen blok kerajaan sebagai langkah penjimatan. Alasannya adalah penjimatan boleh mencecah ratusan juta ringgit setahun. Namun dalam masa yang sama, cadangan untuk mengurangkan elaun petrol Ahli Parlimen sebanyak RM1,500 sebulan dilihat sebagai “tidak signifikan”.
Fadhil gagal membezakan antara peruntukan khas untuk rakyat yang mana merekabukan ahli politik dengan elaun Istimewa wakil rakyat yang telah bergaji besar?
Peruntukan RM3.5 juta itu bukan elaun peribadi. Ia digunakan untuk pelbagai program kebajikan di kawasan Parlimen seperti membaiki infrastruktur kecil, membantu golongan miskin, menyokong aktiviti komuniti dan pelbagai keperluan setempat yang tidak sempat ditangani oleh agensi pusat. Menghapuskan peruntukan ini bermakna mengurangkan terus bantuan di peringkat akar umbi.
Sebaliknya, elaun petrol RM1,500 adalah manfaat langsung kepada wakil rakyat. Ia tidak mengalir kepada rakyat secara langsung, sebaliknya menyokong kos operasi peribadi mereka.
Logik mudah ialah potong yang kecil untuk selamatkan yang besar?
Jika benar semangatnya adalah penjimatan dan solidariti nasional, langkah paling asas ialah memotong keistimewaan sendiri terlebih dahulu dan bukan mengorbankan dana rakyat. Ini selari dengan cadangan Majlis Belia Malaysia yang melihat pengurangan elaun sebagai simbol kepimpinan melalui teladan.
Namun naratif yang dibawa seolah-olah terbalik, peruntukan untuk rakyat dianggap beban besar, manakala elaun sendiri dilihat terlalu kecil untuk disentuh.
Pendekatan ini menimbulkan persepsi bahawa ada pihak lebih selesa “menjimatkan” wang yang bukan milik mereka iaitu peruntukan rakyat berbanding mengurangkan kelebihan sendiri. Lebih sinis, cadangan ini cuba dilihat sebagai langkah berani, sedangkan implikasinya jelas, rakyat di kawasan Parlimen akan kehilangan akses kepada bantuan langsung.
Dalam keadaan ekonomi global yang mencabar termasuk kesan ketegangan di Asia Barat terhadap kos sara hidup, keutamaan sepatutnya jelas iaitu dengan melindungi kebajikan rakyat, bukan mengurangkannya. Jika penjimatan perlu dilakukan, ia wajar bermula daripada struktur kos kepimpinan, bukan dana bantuan masyarakat.
Adakah pentaksub PAS juga berfikiran seperti Fadhli Shaari?
