‘Langkah Bangkok’: Penafian Samsuri Dipersoal

Melaka Digest
By -
0

Penafian Pengerusi Perikatan Nasional, Ahmad Samsuri Mokhtar, berhubung dakwaan penglibatannya dalam pertemuan politik di Bangkok kini menjadi tanda tanya apabila menurut sumber beliau sebenarnya turut hadir dalam pertemuan tersebut.


Samsuri tampil menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam apa yang digelar sebagai “Langkah Bangkok”, satu spekulasi politik yang didakwa melibatkan rundingan antara beberapa tokoh politik pembangkang dan kerajaan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pertemuan yang didakwa berlaku di Bangkok itu.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok yang dirujuk oleh setengah pihak sebagai ‘Langkah Bangkok’ seperti yang dilaporkan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa segala dakwaan yang mengaitkan namanya dengan pertemuan berkenaan adalah tidak benar serta berharap semua pihak menghentikan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan perkara tersebut.

Namun laporan Berita Harian sebelum ini memetik pengesahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bahawa beliau pernah bertemu Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, tahun lalu bagi membincangkan isu penyatuan Melayu dan Islam.

Lebih menarik, sumber turut memaklumkan bahawa pertemuan tersebut bukan hanya melibatkan Hamzah semata-mata. Sebaliknya, ia turut disertai oleh Ahmad Samsuri serta Timbalan Setiausaha Agung PN merangkap Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Maklumat itu sekali gus menimbulkan persoalan baharu mengenai penafian Samsuri. Jika benar beliau tidak terlibat seperti yang dinyatakan, mengapa sumber mengaitkan namanya sebagai antara individu yang hadir dalam pertemuan tersebut?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)