Langkah Siam: Hadi Hantar Wakil?

Melaka Digest
By -
0

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan beliau menghadiri satu pertemuan bersama Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand pada Disember lalu yang turut disertai Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut beliau, kehadirannya dalam pertemuan itu dibuat dengan pengetahuan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, selain beliau dijemput atas kapasiti sebagai Ketua Whip.

“Saya mengesahkan saya hadir pada pertemuan berkenaan di Bangkok. Namun kehadiran sana dengan pengetahuan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Takiyuddin turut menegaskan bahawa pertemuan tersebut hanyalah perbincangan santai dan tiada tujuan khusus selain bertukar pandangan ketika berada di sana.

“Tiada satu spesifik tujuan menerusi pertemuan itu, kita pergi sekadar berjumpa dan sekadar bertukar fikiran dan kebetulan masa itu Sukan SEA, kita pergi tengok Sukan SEA.

“Tidak wujud sebarang gerakan atau dikatakan Langkah Bangkok sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. Pertemuan itu di antara BN dan PN,” tambahnya.

Sumber
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)