Apabila Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Mukhriz Mahathir memaklumkan mengenai pertemuan dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin, mesej yang cuba diketengahkan ialah tentang agenda penyatuan dan kerjasama demi bangsa, agama dan negara.
Bunyi kenyataan itu memang berdiri bulu roma. Namun persoalannya di mana keberadaan Parti Pejuang sejak Pilihan Raya Umum ke-15?
Hakikatnya ialah Parti Pejuang Tanah Air kelihatan seperti parti yang hidup hanya apabila pilihan raya semakin menghampiri.
Selepas kekalahan besar dalam PRU15, parti itu hampir tenggelam daripada radar politik nasional.
Tidak kelihatan gerakan besar di akar umbi.
Tidak kedengaran inisiatif nasional.
Tidak juga muncul gagasan baharu yang benar-benar menggambarkan perjuangan rakyat.
Yang muncul hanyalah sekali-sekala kenyataan politik dan kini pertemuan dengan Bersatu.
Lebih menarik, Presiden parti itu sendiri, Mukhriz Mahathir, juga dilihat jarang berada di barisan hadapan wacana politik nasional selepas PRU15.
Jika benar perjuangan demi bangsa, agama dan negara itu menjadi agenda utama, tentu rakyat mengharapkan suara yang konsisten dan gerakan yang berterusan bukan hanya muncul semula apabila suasana politik mula menghampiri pilihan raya.
Inilah sebabnya ramai pemerhati politik melihat Pejuang sebagai parti yang lebih banyak wujud dalam kenyataan media daripada realiti gerakan politik.
Kini muncul pula naratif penyatuan dan kerjasama, seolah-olah mahu membina sebuah “rumah politik” bersama.
Adakah parti itu sendiri masih mempunyai penghuni yang benar-benar aktif? Atau masih bergantung kepada “Daddy and Mummy?.
Sebuah rumah tidak dibina dengan kenyataan Facebook.
Ia dibina dengan gerakan politik yang konsisten, sokongan akar umbi dan kehadiran yang berterusan dalam kehidupan rakyat.
Bina Rumah tapi penuh hantu?
Tambah seram, Mukhriz yang dedahkan Muhyiddin minta duit dengan Ismail Sabri dan kini ludah hantu dijilat semula?
