Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima wang tunai RM50,000 tanpa balasan daripada anak Ketua Pembangkang, Dato' Seri Hamzah Zainudin, lapan tahun lalu.
Tertuduh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan) SSM, Khuzairi Yahaya, didakwa menerima wang berkenaan daripada Muhammad Faisal Hamzah pada Mei 2018 di ibu pejabat SSM@Sentral.
Mengikut pertuduhan, beliau mengetahui pemberi wang itu mempunyai kaitan dengan urusan rasmi yang melibatkan dirinya.
"Saya mohon mahkamah mempertimbangkan faktor kemungkinan tertuduh melarikan diri serta jumlah jaminan RM15,000 adalah munasabah memandangkan kesalahan ini adalah serius. Oleh itu, wajar syarat tambahan ini dibenarkan," kata Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fadhly.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber
