“Payung Besar Mahathir”, Hamzah Jadi Mangsa

Melaka Digest
By -
0


Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, menyifatkan kedudukannya ketika ini sebagai ahli politik tanpa parti yang berada “di persimpangan jalan” dalam menentukan hala tuju perjuangannya selepas dipecat daripada Bersatu.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Ahli Parlimen Larut itu berkata beliau kini mempunyai hala tuju sendiri, namun belum menyertai mana-mana parti politik.

“Kalau saya kata tadi duduk di persimpangan jalan tentang kereta yang saya naik, maka bermakna saya sudah ada kereta, cuma kereta itu belum didaftarkan sebagai tuan punya.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata beliau dipecat susulan peranannya dalam usaha menyatukan pemimpin Melayu menerusi gagasan “payung besar”.

“Dalam syarat ‘payung besar’ yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir, dia minta saya mempengerusikan satu jawatankuasa untuk bawa balik semua pemimpin Melayu bersama untuk satu kumpulan.

“Jadi tak salahlah saya jumpa Presiden UMNO, tapi saya dipecatkan kerana jumpa Presiden UMNO,” katanya.

Menurutnya, konsep “payung besar” seharusnya bersifat inklusif dan tidak memilih.

“Kalau nak jadi payung pilih-pilih, dia tak bolehlah jadi payung… maknanya tidak ikhlas.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan tindakan terhadapnya mungkin bertujuan “memberi padan muka”, namun menurutnya ia tidak memberi kesan seperti yang diharapkan.

“Tapi dia tersilap… susah nak bagi padan muka kepada Larut, jadi ia berbalik,” katanya.

Menyentuh kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang, Hamzah menegaskan bahawa jawatan itu ditentukan oleh sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang.

“Dia boleh kata nak kosongkan, tetapi majoriti yang akan tentukan,” katanya.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)