Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin menyifatkan tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan pertemuannya dengan beberapa pemimpin politik sebagai tidak wajar dan bersifat kebudak-budakan.
Menurut Ahli Parlimen Larut itu, sebagai ahli politik beliau berhak bertemu mana-mana pemimpin termasuk menteri atau Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya ini Ketua Pembangkang… kalau saya nak jumpa Anthony Loke, dia menteri, boleh? Saya Ketua Pembangkang nak jumpa Timbalan Perdana Menteri, boleh?
"Dia takut apa? Pasal dia takut, takkanlah Zahid boleh menjatuhkan dia sebagai Presiden parti? Itu hanya alasan kerana nak pecat saya, itu saja.
“Jadi tak perlulah nak cerita banyak-banyak. Pada saya ini macam budak-budaklah. Kita semua ini dah tua dah pun. Tak perlu buat cerita yang bukan-bukan," katanya.
Hamzah turut mengakui menerima pelawaan daripada beberapa parti politik termasuk Parti Keluarga Malaysia (PKM), dengan perbincangan dikatakan sudah mencapai kira-kira 90%, namun keputusan muktamad masih belum dibuat.
Sumber
