PM11: Samsuri Dedah Bahawa PAS Tidak Akan Calonkan Muhyiddin

Melaka Digest
By -
0
Samsuri datang ke rumah Muhyiddin pada hari pertama Muhyiddin pulang bercuti dari luar negera

Apabila Samsuri menjawab seolah koyak dengan kenyataan Muhyiddin Yassin berkenaan kedudukannya sebagai Pengerusi PN bukan satu tiket sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihanraya umum akan datang maka terdedah satu rahsia yang selama ini cuba jaga rapi iaitu, PAS sebenarnya tidak lagi menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke 11.


"Saya terima banyak pertanyaan (daripada) wartawan mengenai kenyataan Muhyiddin yang 'Dr Sam adalah Pengerusi PN, bukannya calon PM'.

"Yang pasti TSMY (Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga bukan lagi calon PM".


Samada Samsuri gagal mengawal perasaannya atau dia sengaja menyerang balas kerana terasa tercabar, ini membuktikan dua perkara penting kata penganalisis politik tempatan dan kenyataan ini turut membuktikan bahawa PAS telah membuat keputusan muktamad tentang kedudukan Muhyiddin?

Pertama, ini adalah sifat sebenar Samsuri, mudah panas baran dan koyak apabila dirinya ‘diserang’. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa benarkah Samsuri dijaga oleh sekumpulan siber truper berbayar? Perhatikan reaksi siber truper apabila Samsuri diserang berbanding dengan pemimpin utama PAS yang lain termasuk Hadi Awang sendiri.

Kedua, kedudukan Muhyiddin di mata PAS sudah jelas semakin pudar. PAS dilihat lebih memilih Hamzah berbanding Muhyiddin di dalam pergeseran mereka berdua. Sehingga kini walaupun Muhyiddin mendesak secara terbuka supaya Hamzah digantikan sebagai Ketua Pembangkang di parlimen, PAS dilihat seperti acuh tak acuh. Malah Hadi Awang sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut tidak perlu dilakukan tergesa-gesa.

Muhyiddin tidak berani menarik diri dari Perikatan Nasional dan dalam masa yang sama tidak berkompromi dengan kedudukan Hamzah di dalam blok tersebut dan Muhyiidn telah membuat kenyataan terbuka;
 
“Saya tidak berapa yakin perkara itu boleh berlaku (kemasukan parti Hamzah ke dalam PN). Kalau dia hendak cari haluan, hala tuju, itu hal dialah. Bukan hak saya untuk mengatakan ya, di sini sana.

“Saya tidak nak campur tangan. Tapi kalau dia nak masuk PN…saya akan jawab tidak boleh sebab ‘once bitten twice shy’ (sekali dikhianati kena berwaspada). BACA selanjutnya di SINI.
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)