Rumah Bangsa: Sudah Ada Bekas Pemimpin UMNO Mohon

Melaka Digest
By -
0

Bekas Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif memohon untuk kembali menyertai UMNO melalui inisiatif ‘Rumah Bangsa’ kira-kira dua minggu lalu selepas keahliannya digantung pada 2023. 

Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata permohonan berkenaan dikemukakan melalui UMNO Bahagian Jempol sebelum diangkat kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang dipengerusikan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

"Saya difahamkan, permohonan sudah pun dipanjangkan kepada pejabat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rumah Bangsa," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Salim berkata beliau menerima keputusan penggantungan yang dikenakan sebelum ini dan terus menjalankan kerja kemasyarakatan sepanjang tempoh berkenaan. 

“Saya terima penggantungan saya dan sekarang parti mahu menerima semula. Saya mahu mendahulukan parti kerana tidak mahu orang Melayu terus berpecah,” tambahnya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa UMNO membuka pintu Rumah Bangsa kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat untuk kembali tanpa syarat sebagai usaha menyatukan semula kekuatan parti.

Sumber: Berita Harian

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)