Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac ini bakal menjadi medan penentuan paling kritikal buat blok pembangkang.
Antara agenda tumpuan adalah siapakah Ketua Pembangkang di parlimen menggantikan Hamzah?
Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa notis mesyuarat telah diedarkan kepada semua ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat itu dijadualkan pada jam 11 pagi dan dijangka membincangkan hala tuju pembangkang, termasuk kekosongan jawatan Ketua Pembangkang yang kini menjadi liabiliti politik kepada PN.
Isu ini meletus selepas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin secara terbuka menggesa pimpinan PAS agar segera menamakan Ketua Pembangkang baharu bagi menggantikan Hamzah Zainuddin.
Gesaan itu bukan bersifat peribadi, sebaliknya berpaksikan prinsip dan legitimasi.
Muhyiddin menegaskan bahawa Hamzah tidak lagi menjadi ahli BERSATU dan PN selepas dipecat parti, justeru Hamzah tidak mempunyai sebarang hak untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang.
Membiarkan keadaan ini berlarutan hanya akan merosakkan imej dan maruah PN di mata rakyat dan Parlimen.
Menurut sumber, nama Tuan Ibrahim Tuan Man mula disebut-sebut sebagai calon paling realistik untuk mengisi kekosongan tersebut.
Sebagai Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim memiliki kelebihan struktur, legitimasi parti dan kedudukan yang baik dalam PN dan tambah sumber, nama Tuan Ibrahim sedikit tercalar apabila tidak terpilih sebagai Pengerusi PN sedangkan beliau adalah Timbalan Presiden PAS.
Penganalisis politik tempatan berpandangan adakah PAS bersedia memikul tanggungjawab tersebut kerana jawatan di dalam parti tidak sama dengan jawatan di parlimen.
Dan jika Tuan Ibrahim tidak dipilih maka PAS sudah jauh menyimpang dari slogan ceramahnya selama ini, “Kepimpinan Melalui Ulama”.
