Parti Keluarga Malaysia: Mas Ermieyati Atau Rahim Thamby Chik

Melaka Digest
By -
0

Apabila tular berita bahawa kemungkinan besar Hamzah Zainuddin bakal mengambil alih Parti Keluarga Malaysia(PKM) maka menurut sumber, di Melaka penyokong Mas Ermieyatie mula mempromosi kedudukan beliau sebagai ‘Pengerusi Melaka’ parti yang bakal Mas Ermieyatie sertai.


Mereka cukup yakin bahawa Mas Ermieyatie bakal mengikut apa sahaja perancangan yang dibuat oleh Hamzah Zainuddin kerana mereka juga cukup yakin bahawa Mas Ermieyatie tidak akan dicalonkan lagi sebagai calon Bersatu bagi kerusi parlimen Melaka memandangkan sokongan beliau secara terbuka kepada Hamzah ketika krisis Hamzah-Muhyiddin.

Namun seorang lagi individu yang penting bagi Hamzah di Melaka iaitu Rahim Thamby Chik. Kesanggupan Rahim meletak jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka dan menyatakan sokongan terbuka kepada Hamzah tidak boleh dilihat sebagai ‘pengorbanan’ yang 'biasa-biasa'.

Cuma kelemahan Rahim Thamby Chik adalah beliau bukan ahli parlimen dan juga bukan ADUN di Melaka malah dengan umur yang sudah melepasi 75 tahun maka agak sukar untuk Rahim menjadi ‘daya penarik’ bagi pengundi di Melaka.
 
Jadi siapa pilihan Hamzah sebenarnya? 

Timbul persoalan, betulkah parti Keluarga Malaysia tidak wujud?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)