Akhirnya Hamzah Letak Jawatan Ketua Pembangkang Di Parlimen

Melaka Digest
By -
0

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Dato' Seri Hamzah Zainudin telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, sekali gus mewujudkan kekosongan jawatan tersebut.


Beliau berkata Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah diarahkan untuk memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Bila kita hantar surat bahawa berlaku kekosongan, maka automatik Dato' Seri Hamzah bukan lagi Ketua Pembangkang. Menjelang kita nak masuk sidang (Parlimen) yang berikutnya, kita akan mempunyai Ketua Pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata PN akan meneliti dan membincangkan calon sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan, termasuk pandangan pelbagai pihak dalam gabungan itu.

“Ya, kalau kita tanya 10 orang, 10 jawapan yang berbeza-beza. Jadi, biasalah, masing-masing ada hasrat (yang dibawa) kepada kepimpinan. Kita bincanglah, tengok macam mana,” jelasnya.

Terdahulu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pelantikan Ketua Pembangkang baharu dibuat segera susulan pemecatan Hamzah daripada parti, demi menjaga imej dan kredibiliti PN.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)