Bersatu “Ikan Busuk Dari Kepala” - Rahim Tamby Chik

Melaka Digest
By -
0

Keputusan Rahim Tamby Chik meninggalkan Bersatu didakwa berpunca daripada kepimpinan tertinggi sendiri.


Dalam kenyataan terbuka yang dimuat naik di Facebook, Rahim melontarkan kritikan keras terhadap budaya dalaman parti yang menurutnya semakin jauh tersasar daripada prinsip asal perjuangan.

Menurut beliau, sesebuah parti akan kehilangan keyakinan rakyat apabila kepimpinan mula didewa-dewakan sehingga teguran dianggap ancaman dan kritikan dilabel sebagai pengkhianatan.

“Bila sesuatu parti politik telah mula memilih jalan untuk mendewa-dewakan pemimpinnya… bila teguran dianggap sebagai pengkhianatan… parti seperti ini pastinya tidak akan dan tidak boleh lagi menjadi puncak keyakinan rakyat,” katanya.

Rahim turut membangkitkan persoalan mengenai ketelusan dan keadilan dalam pengurusan parti, termasuk keputusan yang didakwa boleh berubah mengikut kehendak tertentu serta pelaksanaan dasar yang disifatkan sebagai bersikap “memilih bulu”.

Kenyataan tersebut memberi gambaran wujud rasa tidak puas hati mendalam terhadap sistem pentadbiran dalaman Bersatu, khususnya berkaitan amalan tadbir urus dan proses membuat keputusan.

“Kebanyakan parti politik Melayu… sedang mengalami sindrom ikan membusuk bermula dari kepalanya.” Kata Rahim.

Bagi ramai pemerhati politik, kenyataan sedemikian bukan sahaja kritikan terhadap budaya parti tetapi juga isyarat bahawa keyakinan terhadap kepimpinan Bersatu sedang terhakis dari dalam.

Rahim yang melepaskan pelbagai jawatan penting termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ketua Bahagian menegaskan keputusan itu dibuat selepas pertimbangan mendalam.

Beliau menyifatkan perjuangan politik memerlukan keberanian memilih antara mempertahankan jawatan atau mencari landasan baharu yang lebih bersih dan berintegriti.

“Dalam perjuangan, pemilihan wajar dibuat sama ada kekalkan ego dan keseronokan memegang jawatan… atau mencari landasan yang baru, bersih serta berintegriti” katanya lagi.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)