Bersatu Melaka Pertaruhkan Bekas Menteri Gagal, Kluster Mahkamah

Melaka Digest
By -
0


Hilang arah, seolah tiada lagi pemimpin yang cerdik dan tangkap muat. Itulah yang tengah hangat diperkatakan di Melaka berkenaan dengan parti Bersatu Melaka.

Penyokong Bersatu Melaka kecewa kerana perlantikan Radzi Jidin dan Ali Pasir sebagai pemimpin utama Bersatu Melaka bagi menghadapi pilihanraya negeri di sini tidak lama lagi.


Radzi Jidin bukan sahaja orang luar, beliau adalah Ketua Bahagian Bersatu di Putrajaya, orang Kelantan dan bukannya mahir dengan ‘politik Melaka’.


Radzi Jidin juga dikatakan tidak mempunyai pusat khidmat di Putrajaya dan rekod khidmat rakyatnya di sana juga turut dipersoalkan.


Ketika menjadi Menteri Pendidikan di zaman Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, tiada perubahan yang dibawa di kementerian tersebut. Malah menurut sumber berita, Setiausaha Politik beliau dikatakan ditahan oleh SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta?


Mengikut sumber bilik gerakan, kedudukan Radzi Jidin di Putrajaya juga tidak selamat kerana beliau dilihat lebih banyak di pentas ceramah politik dan bukannya di kawasan untuk bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat.


Warga Putrajaya mula kembali ke pejabat pusat khidmat masyarakat Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan. Selama ini Ku Nan yang cakna kepada rakyat Putrajaya tetapi tewas kerana arus fitnah terlalu kuat.


Perlantikan Ali Pasir sebagai Timbalan Badan Ketua Pimpinan Negeri merangkap Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka juga menimbulkan persoalan. Ali Pasir sekarang berhadapan dengan 20 kes rasuah di mahkamah.


Ali Pasir sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah melibatkan wang tunai serta kenderaan mewah yang dikaitkan dengan projek tambakan laut di Melaka.


Hasil siasatan SPRM membawa kepada pendakwaan serius. Ali Pasir telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 20 pertuduhan rasuah melibatkan dakwaan menerima wang tunai berjumlah kira-kira RM235,000 serta tiga buah kereta mewah sebagai suapan. Semua suapan itu didakwa sebagai balasan bagi membantu urusan berkaitan projek tambakan laut dan kerja subkontrak tertentu. 


Malah Ali Pasir juga begitu akrab dengan Chegu Bard yang terkenal dengan serangan terbukanya terhadap Muhyiddin Yassin serta menantu sehingga Chegu Bard dipecat keahliannya di dalam Bersatu.


Penyokong Bersatu Melaka mempersoalkan kenapa tidak dilantik Dr Aleef, ADUN Sungai Udang yang belum tercemar rekodnya. 


“Taraf pendidikan Dr Aleef jauh lebih dari Ali Pasir..” kata penyokong Bersatu Melaka.




Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)