Shahidan Mula Serang ‘Kepentingan’ Muhyiddin Di Perlis?

Melaka Digest
By -
0

Mudah untuk baca gerak kerja Shahidan di Perlis. Biasanya orang PAS, mereka tidak akan serang sesama mereka tetapi apa yang berlaku di Perlis bukan lagi sesame kem tetapi dendam yang masih belum padam.


PAS masih dilihat tidak mampu ‘move- on’ untuk terima apabila kerajaan Perlis yang selama ini berada di bawah kuasa mereka telah berpindah tangan kepada Bersatu Perlis dan sehingga kini pemimpin PAS percaya bahawa itu adalah hasil tangan Muhyiddin.

Hanya dengan maklumat yang diperolehi bersumber daripada Chegu Bard sahaja dijadikan modal oleh Shahidan untuk menyerang pejabat SUK. Rakyat Perlis boleh bac acara Shahidan berpolitik, mereka cukup kenal seni Shahidan ‘menjilat’. “Dulu jilat UMNO, sekarang jilat PAS” kata bekas ahli PAS Perlis yang ingin dikenali sebagai Mat Piah.

Shahidan menggunakan alasan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang didakwa gagal melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Shahidan berkata, penjelasan daripada pihak SUK penting bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri dan individu terbabit sekiranya surat tular berhubung dakwaan itu adalah tidak benar.

"Kalau surat itu tidak benar, maka saya minta SUK untuk menafikan. Dimaklumkan perkhidmatan dia (YDP MPK) disambung semula, tapi tiba-tiba ada pendedahan yang dibuat, maka saya minta SUK untuk beri jawapan.

“Shahidan ahli PAS, Chegu Bard baru dipecat dari Bersatu dan MB Perlis adalah orang Muhyiddin, anda boleh agak kenapa Shahidan nampak bersungguh isu ini..”

“Satu perkara Shahidan lupa, 'gagal melepasi tapisan SPRM' tidak sama dengan 'ditahan oleh SPRM', seperti merogol tidak sama dengan meraba perempuan” tambah Mat Piah lagi.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)