Satu perkara menarik mengenai ADUN Sungai Udang adalah perangai beliau tidak mencerminkan latar belakang pendidikan yang beliau miliki. Mungkin ramai yang tertanya terutamanya rakyat Melaka, betulkah dia seorang doktor? Ini kerana pemahaman beliau mengenai sesuatu isu juga diragui tahap kecerdikannya.
Rakyat Melaka menyaksikan bagaimana beliau mudah sentap, beliau mudah memekak dan memekik di sidang DUN Melaka apabila pandangan beliau ditolak mentah-mentah kerana perbahasan yang disertainya tidak menjurus ke arah penyelesaian masalah rakyat.
Isu terkini adalah ceteknya pemahaman beliau tentang kuasa prerogatif Ketua Menteri Melaka berkaitan perlantikan jawatan EXCO negeri.
Apabila Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ab Rauf Yusoh menolak permohonan perletakan jawatan Dr Akmal Saleh sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, maka ADUN Sungai Udang, Mohd Aleef Yusof ‘meloncat sawan’ bagaikan kera kena belacan dengan menyerang Dato Seri Rauf kononnya penolakan permohonan tersebut adalah sebuah ‘drama bodoh’.
Ironinya Dr Aleef tidak pula sawan apabila Ketua Pembangkang DUN Melaka Dr. Mohd Yadzil Yaakub meletak jawatan baru-baru ini kerana tidak menyokong presiden parti sendiri, Muhyiddin Yassin. Permohonannya diterima tanpa sedikit pun ada adengan pujuk memujuk terutama dari Dr Aleef sendiri. Kenapa beliau tidak membisu? Adakah kerana beliau idamkan jawatan tersebut?
Adakah Dr Aleef tidak sedar bahawa jawatan Dr Akmal berkait dengan tanggungjawab kepada rakyat dan perletakan jawatan Dr. Mohd Yadzil adalah kerana masalah dalaman parti mereka?
Pertimbangan dari Ketua Menteri Melaka berdasarkan merit Dr Akmal manakala Muhyiddin melihat tiada keperluan menyimpan Dr. Mohd Yadzil yang terang-terang melawan Muhyiddin.
BACA di SINI kewajaran penolakan terhadap permohonan Dr Akmal.

