Bukan Kali Pertama Mahathir Cuba Haramkan UMNO

Melaka Digest
By -
0

Apabila Mahathir menolak dakwaan dirinya menjadi punca perpecahan Melayu, sebaliknya menuding jari kepada UMNO yang didakwa telah menyimpang daripada perjuangan asal, maka perkara yang paling penting perlu difahami adalah corak tindakan Mahathir itu sendiri.


"Ingat, apabila Mahathir gerakkan tangan kanannya maka yang perlu diperhatikan adalah tangan kirinya.."

Jika diperhatikan perjalanan politik Mahathir agak sukar untuk dibaca pada awalnya namun di akhirnya Mahatjir berpolitik hanya untuk kuasa sahaja. Mudah untuk dibaca.

Dari awal beliau berada di dalam UMNO, Mahathir telah menunjukkan sikap penentangan terhadap kepimpinan UMNO terutama kepada pemimpin nombor satu parti. Bermula dengan sejarah beliau mengkritik keras Tunku Abdul Rahman melalui propaganda ciptaannya yang berakhir dengan beliau dipecat dari UMNO. Arwah Tun Abdul Razak menyelamatkan beliau dengan memasukkan kembali beliau ke dalam UMNO.

Sejarah hitam UMNO tercipta apabila Mahathir hampir kalah kepada Tengku Razaleigh dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang membawa kepada pengharaman UMNO oleh mahkamah pada 1988. Wujudlah UMNO baharu dan Mahathir adalah Presiden UMNO Baharu yang pertama sehinggalah beliau meletak jawatan pada 2003 akibat desak dari kepimpinan UMNO ketika itu.

Di zaman Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir seolah di pinggirkan terus dari dunia politik UMNO sehinggakan beliau mula bertindak menyerang kepimpinan Pak Lah melalui Muhyiddin Yassin.

Pak Lah meletak jawatan dan Mahathir kembali semula di dalam ‘circle’ UMNO ketika Najib Razak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Namun Mahathir yang terkenal tidak boleh berada ‘di bawah’ orang lain mula merangka dan menyerang Najib Razak. Menurut Najib Razak, beliau diserang oleh Mahathir kerana gagal menempatkan anak Mahathir, Mukhriz di koridor kuasa UMNO. Mukhriz tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ada sumber mengatakan, tewasnya Mukhriz hanyalah sebagai alasan kecil sahaja untuk Mahathir gunakan menyerang Najib Razak. Sumber menjelaskan bahawa pentadbiran Najib mengatasi rekod kecemerlangan Mahthir adalah punca utama Mahathir merosakkan nama Najib dan UMNO.

Mahathir akhirnya keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti Bersatu pada tahun 2016 dan bergabung dengan DAP serta PKR dan PAS hanya untuk mengalahkan UMNO.

Mahathir berjaya di dalam PRU-14 dan beliau menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua pada tahun PRU tersebut tetapi hanya mampu bertahan selama 17 bulan sahaja. Mahathir meletak jawatan sebagai PM, keluar dari Bersatu dan menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Berapa banyak parti yang Mahathir ingin tubuhkan demi ‘operasi menyelamat bangsa’ ciptaannya?

Keluar-masuk atau keluar dan tubuhkan parti politik lain bukanlah satu gerakan penyelamat bangsa tetapi ianya adalah tindakan protes serta jalan untuk pengukuhan kuasa setelah apa yang diidamkan gagal diperolehi.

Bagaimana Mahathir sanggup bekerjasama dengan DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menjatuhkan UMNO jika ianya bukan untuk pecahkan dominasi kuasa politik Melayu?

Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri mendedahkan bahawa Mahathir pernah meminta beliau membubarkan UMNO ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua.

Terkini, Mahathir datang dengan idea ‘Payung Besar Melayu’ untuk menyaingi UMNO dan ini mengingatkan kita kepada langkah Mahathir ketika beliau berjaya menubuhkan UMNO Baharu setelah UMNO asal diharamkan.

Ini bukan proses penyatuan Melayu tetapi strategi untuk Mahathir tempatkan anak-pinaknya di dalam arus politik negara. Payung Besar Melayu bukan teras penyatuan, ianya untuk memenuhi impian kuasa politik Mahathir sahaja.

Ini bukan kisah penyelamatan bangsa. Ini adalah kitaran politik kuasa, keluar, tubuh dan tinggalkan demi kelangsungan pengaruh peribadi.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)