Perikatan Nasional Adalah Gabungan Parti Yang Paling Tidak Bahagia

Melaka Digest
By -
0

Jika ada kategori parti politik yang ‘bahagia’ dan ‘tidak bahagia’ maka rakyat tanpa perlu berfikir panjang akan menamakan Barisan Nasional adalah gabungan “Parti Politik Yang Paling Bahagia” dan Perikatan Nasional menang dalam kategori “Parti Politik Yang Paling Tidak Bahagia”.


Apa yang sedang berlaku sekarang pada Perikatan Nasional sudah masuk fasa yang tidak boleh ditutup lagi. Percakaran terbuka yang berlaku hampir setiap hari, kenyataan keras dan sinis tanpa berselindung antara Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin sudah menjadi tajuk utama bualan politik rakyat dan juga ahli parti sendiri.

PAS pula seperti ada perancangan lain dengan Hamzah apabila jawatan Ketua Pembangkang di parlimen masih lagi menjadi milik Hamzah walaupun beliau sudah dipecat dari parti Bersatu. Tindakan PAS melewatkan perlantikan ini seperti menghina Muhyiddin.

Menurut pemerhati politik, kedudukan ‘nilai diri’ Muhyiddin tidak lagi seperti dahulu kerana Hamzah berjaya menguasai 16 ahli Parlimen Bersatu untuk terus menyokongnya. Malah dikatakan majoriti Ketua Bahagian Bersatu turut menyokong Hamzah. Jadi, PAS seolah melihat Muhyiddin dengan sebelah mata.

Pengerusi PN yang baharu, Samsuri juga dilihat tidak melayan Muhyiddin seperti yang sepatutnya apabila banyak berdolak dalik tentang jawatan Ketua Pembangkang di parlimen dan tindakan Samsuri adalah ‘cerminan’ kepada keputusan Hadi Awang, Presiden PAS.

Walaupun Muhyiddin melahirkan rasa kecewa terhadap kelewatan Samsuri membuat keputusan terhadap isu jawatan tersebut namun luahannya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Pengerusi PN dan juga Presiden PAS.

Muhyiddin secara terbuka mempertikaikan mengapa seorang yang telah dipecat masih “berlegar-legar” menggunakan jawatan Ketua Pembangkang.

Muhyiddin berkata isu perlantikan ketua pembangkang perlu diselesaikan segera dan tidak perlu menunggu sidang parlimen Jun ini kerana ia boleh menjejaskan maruah serta imej PN di mata rakyat. Katanya, beliau sudah menghantar surat kepada Majlis Tertinggi PN mencadangkan pelantikan itu perlu dibuat segera, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

Inilah senario mutakhir Perikatan Nasional dan keadaan ini jelas menunjukkan gabungan ini tidak bahagia dan tidak stabil.

Berbanding dengan UMNO-BN, anda boleh lihat status terkini di facebok rasmi Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional. 
 
Kestabilan UMNO-BN adalah faktor utama keberadaan menteri dan timbalan menteri dari UMNO-BN sentiasa dihormati di dalam Kerajaan Perpaduan. Kestabilan juga adalah kunci utama UMNO-BN dapat berkhidmat secara konsisten kepada rakyat dan negara;

“Seperti biasa, sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan bertemu dengan Menteri-Menteri daripada UMNO dan Barisan Nasional bagi berbincang serta memperhalusi isu-isu penting rakyat sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri.

Semoga ukhuwah dan kebersamaan ini terus memperkukuh kesepakatan kita, agar setiap keputusan yang diambil benar-benar memberi hasil dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih atas laporan keadaan cuaca pagi tadi. Insya-Allah, perkara ini akan saya sebutkan di dalam Mesyuarat Kabinet sebentar lagi”.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)