“UMNO Baharu”: Mahathir Membina Akar Korupsi?

Melaka Digest
By -
0
Lihat nombor keahlian Mahathir

Selama lebih dua dekad, nama Mahathir Mohamad mendominasi landskap politik Malaysia kononnya sebagai tokoh yang membentuk arah tuju negara. Namun di sebalik imej kepimpinan yang tegas dan pembangunan pesat, era pemerintahannya juga tidak terlepas daripada pelbagai persoalan dan kritikan yang terus menjadi perdebatan hingga hari ini.


Penubuhan 'UMNO Baharu' pada tahun 1988, susulan krisis dalaman UMNO, dilihat sebagai titik perubahan besar yang bukan sahaja menyusun semula parti tetapi turut mencorakkan semula struktur kuasa politik Mahathir dan turut memberi kesan kepada kedudukan Melayu dan Bumiputra.

Dalam tempoh tersebut, Malaysia sememangnya mencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Namun begitu, muncul persepsi dalam kalangan rakyat bahawa pembangunan itu tidak dinikmati secara seimbang.

Jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin dilihat semakin melebar dengan sebahagian besar masyarakat Melayu masih berada dalam kelompok berpendapatan rendah, manakala perkembangan golongan pertengahan tidak seiring dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Persepsi ini menjadi asas kepada kritikan bahawa wujud ketidakseimbangan dalam pengagihan hasil pembangunan.

Dalam masa yang sama, isu berkaitan pengaruh elit dan kronisme turut menjadi bahan perbincangan. Pengkritik sering membangkitkan dakwaan bahawa terdapat individu dan kelompok tertentu yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan ketika itu, sehingga dilihat menguasai sektor-sektor penting ekonomi. Kejayaan luar biasa segelintir tokoh perniagaan, termasuk yang mempunyai kaitan dengan lingkaran kuasa, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat tentang sejauh mana sistem ekonomi benar-benar memberi peluang yang adil kepada semua lapisan masyarakat.

Ditambah pula rakyat mula mempersoalkan bagaimana hampir kesemua anak-anak Mahathir dilihat begitu berjaya sehingga hampir kesemua bertaraf billionaire.

Menjelang tahun 2003, selepas 22 tahun memegang tampuk pemerintahan, Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO (UMNO Baharu sebetulnya). Walaupun peralihan ini dilihat sebagai proses yang terancang, terdapat juga pandangan bahawa ia berlaku dalam suasana tekanan dari persepsi rakyat yang semakin meningkat termasuk kritikan terhadap gaya kepimpinan dan tuntutan agar pembaharuan dilakukan.

Menurut pemerhati politik, apabila Mahathir sedar bahawa rakyat dan pembangkang mula melabelkan dirinya sebagai “Pemerintah yang zalim”, “Maha Firaun” dan pelbagai gelaran buruk lagi maka secara perlahan-lahan Mahathir mula ‘menggugurkan’ nama Baharu” pada UMNO dan akhirnya menjadikannya seperti nama parti UMNO yang asal.

Tambah sumber, Mahathir bertindak begitu untuk mengaburi mata rakyat pada masa akan datang bahawa ‘DNA’ UMNO adalah sama sejak awal penubuhannya (1945) dan bukannya UMNO membusuk sejak beliau menubuhkan UMNO Baharu.

Mahathir juga mungkin menaruh dendam apabila Perdana Menteri Malaysia selepasnya berusaha sebaik mungkin untuk meletakkan UMNO seperti UMNO diawal penubuhnya. UMNO yang berteraskan “Khidmat Bakti” dan bukannya UMNO yang dibawa oleh Mahathir sebagai “UMNO Milik Kroni”.

Mungkin Mahathir cemburu melihat usaha Presiden UMNO selepasnya berjaya membawa UMNO kepada rakyat dan kedudukan Melayu serta Bumiputra terbela jauh beza dari zamannya sebagai Perdana Menteri. Maka Mahathir mula berusaha untuk merosakkan UMNO sehingga ke hari ini. Walhal itu adalah UMNO dari DNAnya sendiri.
 
Hari ini, Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya menghalang Mahathir dari mengharamkannya buat kali kedua. Berjaya menghalang Mahathir dari terus-menerus memburukkan dan menghina parti yang begitu banyak jasanya kepada orang Melayu. Malah meletakkan kembali perjuangan UMNO ini sejajar dengan UMNO asal yang diharamkan dahulu.
 
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)