![]() |
| Tiada alat bantuan untuk pesakit retak tulang kaki? |
Isu kehadiran wakil rakyat ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi panas apabila timbul cadangan tegas supaya gaji ADUN yang gagal hadir tanpa alasan munasabah digantung.
Perkara ini dibangkitkan oleh YB Khaidhirah Abu Zahar yang menegaskan tindakan perlu diambil terhadap mana-mana wakil rakyat yang kerap ponteng, gagal menjaga kawasan serta disyaki menyalahgunakan sijil cuti.
Menurut beliau, langkah itu penting demi keadilan kepada rakyat yang membayar gaji wakil rakyat tetapi tidak menerima khidmat yang sepatutnya.
Kontroversi semakin memuncak apabila Muhamad Akmal Saleh turut mempersoalkan sikap segelintir ADUN termasuk ADUN Rembia. Beliau menyatakan alasan kesihatan boleh diterima, namun menjadi tanda tanya apabila individu sama masih dilihat aktif menghadiri program politik.
Situasi ini menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat, jika benar tidak sihat untuk hadir sidang DUN, bagaimana pula boleh hadir ke program ceramah parti politik?
Lebih mencetuskan perhatian apabila terdapat kenyataan yang dilihat mengutamakan pelancaran jentera parti berbanding tanggungjawab utama di Sidang DUN Melaka.
Kini, tekanan semakin kuat agar isu ini disiasat secara telus. Cadangan penggantungan gaji dilihat bukan sekadar hukuman tetapi mesej jelas bahawa amanah rakyat bukan perkara yang boleh dipandang ringan.
Doktor yang meluluskan sijil sakit juga wajib disiasat.
