Hamzah Tiada Nilai - Ketua Penerangan Bersatu Malaysia

Melaka Digest
By -
0

Dalam politik, ramai disanjung bukan kerana diri mereka, tetapi kerana kerusi yang mereka duduki. Bila kerusi hilang, tepukan pun berhenti. Bila kuasa terlucut, kawan-kawan pun mula mencari pintu keluar.


Itulah gambaran yang sedang menyelubungi Hamzah Zainudin.

Kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bahawa Hamzah “sudah tidak ada nilai” selepas bukan lagi Timbalan Presiden bukan sekadar sindiran dalaman, tetapi satu pengakuan terbuka bahawa nilai seseorang dalam parti itu diukur berdasarkan jawatan, bukan jasa, bukan pengalaman, apatah lagi pengaruh sebenar.

Pemerhati politik berkata, adakah ketika menjadi orang nombor dua parti, Hamzah dianggap strategis hebat, tokoh penting pembangkang dan pemimpin masa depan tetapi sebaik sahaja tidak lagi memegang jawatan, terus jatuh taraf menjadi liabiliti politik? Jika begitu mudah ukuran berubah, jelas yang dihargai bukan orangnya, tetapi kuasa yang dipegangnya.

Lebih menarik, kenyataan dari Muhyiddin, “kami tak peduli Hamzah nak ke mana.

Kemelut ini memperlihatkan Bersatu semakin terperangkap dalam perang ego dan perebutan pengaruh. Parti yang dahulu menjual naratif reformasi kini kelihatan sibuk menentukan siapa paling setia kepada presiden dan siapa paling layak mewarisi legasi kuasa.

Wan Saiful pula cuba membina gambaran bahawa banyak parti menjemput Hamzah kerana “keikhlasan dan kebolehan memimpin.” Itu kenyataan yang manis didengar, tetapi politik bukan medan puisi. Jika benar begitu ramai berebutkan Hamzah, mengapa belum ada parti yang tampil secara terbuka mengumumkan penyertaan beliau?

Hamzah mungkin masih mempunyai rangkaian tertentu, pengalaman luas dan kemahiran taktikal. Namun politik bergerak pantas. Pengaruh yang tidak disertai mandat semasa akan cepat susut. Nama besar tanpa jentera hanyalah nostalgia.

Apa yang berlaku sekarang lebih mirip seorang bekas pemain utama yang sedang mencari kelab baharu, sementara kelab lama pula cuba meyakinkan penyokong bahawa kehilangan itu tidak memberi kesan.

Malah kelemahan ketara Hamzah adalah apabila penyokongnya sendiri sibukkan diri dengan melobi PAS supaya menerima Hamzah. BACA di SINI.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)