Ijtimak Bangsa: Apa PAS Buat Untuk Melayu?

Melaka Digest
By -
0

PAS kehabisan idea apabila menganjurkan himpunan politik dengan menggunakan nama Melayu untuk meraih undi khusus dari kaum ini.

 
Selama penubuhan PAS, mereka menentang perjuangan yang berlandaskan bangsa Melayu yang dibuat oleh UMNO sejak dari awal penubuhannya. Pemimpin PAS yang bertaraf lebai menggunakan dalil ciptaan mereka kononnya perjuangan ke atas bangsa adalah bersifat nasionalisma, bukannya agama dan termasuk di dalam kategori assobiyah yang akan berakhir dengan nerakalah tempatnya.

Presiden PAS, Hadi Awang menyifatkan perjuangan berasaskan bangsa semata-mata sebagai asabiyah yang ditegah dalam Islam.

Hadi turut menegaskan Islam tidak menolak bangsa, tetapi menolak taksub melampau terhadap kaum sehingga mengatasi prinsip agama. Dan di Himpunan Alam Melayu tajaan PAS memperlihatkan bagaimana pemimpin PAS masing-masing berbusana lengkap pahlawan Melayu tanpa rasa malu dengan apa yang mereka katakan ini. Malah dalam beberapa ucapan beliau sebelum ini di pentas ceramah politik, beliau sentiasa menyelar perjuangan UMNO bersifat nasionalisme Melayu.

Bekas Mursyidul Am PAS, arwah Nik Aziz juga antara paling lantang mengkritik UMNO sebagai “perjuangan kebangsaan sempit” yang mengandungi unsur jahiliah.

Arwah Nik Aziz juga pernah menyatakan bahawa menyokong parti kerana bangsa semata-mata tanpa dasar Islam boleh membawa kepada kesalahan dari sudut akidah (dalam tafsiran politik beliau) dan retorik beliau ini sangat berpengaruh dalam membentuk naratif PAS era 1990–2010.

Tuan Ibrahim turut menyebut bahawa politik berasaskan kaum semata-mata boleh membawa kepadaperpecahan dan ketidakadilan.

Pemimpin PAS dari zaman tersebut sehingga kini masih cuba mengaburi penyokong mereka kononnya Islam tiada di dalam perlembagaan UMNO sedangkan di dalam perjuangan UMNO, Islam adalah teras moral dan panduan perjuangan. Islam diiktiraf sebagai agama rasmi Persekutuan.

Juga, UMNO berikrar untuk mempertahankan, memelihara dan mengembangkan Islam. Dalam perlembagaan UMNO juga tertera bahawa UMNO memelihara kedaulatan Raja-Raja Melayu serta menjaga dan memperjuagkan hak-hak istimewa orang Melayu.

UMNO turut memperjuangkan kedudukan istimewa Bumiputera dan menghormati hak sah kaum-kaum lain.
 
Hari ini PAS mula menggunakan tema ‘Himpunan Alam Melayu’ apabila mereka mula merasakan bahawa sokongan bangsa Melayu mula menipis terhadap parti dan gabungan parti politik mereka.  
 
Dalam ghairah untuk meraih sokongan dari pengundi bangsa Melayu, PAS melakukan satu kesilapan besar apabila MB Terengganu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berbohong tentang jemputan kepada UMNO. 
 
Samsuri menjelaskan bahawa jemputan telah diberikan kepada pemimpin UMNO dan tiada siapa pun yang hadir namun apabila terdedah bahawa jemputan untuk hadir adalah untuk Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sahaja. Tiada wakil dibenarkan ganti dan kepimpinan UMNO Terengganu telah membuat kenyataan bahawa UMNO Terengganu tidak menerima sebarang jemputan.

Rakyat Terengganu sendiri yang menempelak Samsuri, “Bulan Syawal belum habis, PAS kekal sebagai parti yang kuat berbohong..”  
 
PAS juga gagal mengambil manfaat dari kehadiran bangsa Melayu dari dalam negara untuk menjelaskan apa hala tuju yang bakal PAS lakukan untuk bangsa Melayu di negara ini yang masih ketinggalan berbanding dengan bangsa lain. Pemimpin PAS yang diberi peluang untuk berceramah hanya dilihat seakan berlumba untuk menonjolkan diri siapa penceramah paling berjaya meraih pekik sorak dari peserta.

Tiada penceramah yang membentangkan ‘laporan’ kemajuan negeri di bawah pentadbiran PAS selama mereka memerintah di empat buah negeri dan apa yang PAS telah laksanakan untuk Melayu di negeri masing-masing.

Menteri Besar Kelantan gagal untuk menjelaskan apa kerajaan PAS di sana akan lakukan terhadap segala kemunduran yang berlaku sepanjang 40 tahun mereka menjadi kerajaan. Begitu juga di Kedah, Terengganu dan Perlis. Selama dua penggal, mereka tidak membangkitkan apa yang telah dilaksanakan.  

Dan kesilapan terbesar yang memberi kesan kepada bangsa Melayu yang memerhati program tersebut adalah, PAS masih kekal dengan ‘perangai’ menunggang. 
 
“Penat menunggang agama, kini menunggang bangsa Melayu pula” kata pemerhati politik dari Terengganu.
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)