Mahkamah: Mas Ermieyatie Fitnah Dr Asyraf Wajdi, MARA

Melaka Digest
By -
0

KEBENARAN AKHIRNYA MENANG


Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi Melaka Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Isa Aziz Ibrahim telah merekodkan Penghakiman Persetujuan bahawa Defendan YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin telah mengakui mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak benar dan berunsur fitnah terhadap saya dan MARA. YB Datuk Wira Mas Ermieyati juga bersetuju memohon maaf secara bertulis, menarik balik, memadamkan semua hantaran video di semua platform media sosial beliau dan membayar gantirugi sebanyak RM50,000 kepada MARA.

Alhamdulillah, moga ini menjadi pengajaran berguna kepada semua agar bertanggungjawab dan tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menghancurkan reputasi dan institusi.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ (17:81)
Ù‚ُÙ„ْ جَاءَ الْØ­َÙ‚ُّ ÙˆَزَÙ‡َÙ‚َ الْبَاطِÙ„ُ ۚ Ø¥ِÙ†َّ الْبَاطِÙ„َ Ùƒَانَ زَÙ‡ُوقًا
“Katakanlah: Telah datang kebenaran (al-haq), dan lenyaplah kebatilan (al-batil). Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap.”

Terima kasih kepada barisan Peguam MARA yang diketuai oleh Datuk Adnan Seman dan seluruh pegawai MARA yang berjuang untuk memastikan agar institusi penting orang Melayu dan Bumiputera terus kekal berintegriti dan terpelihara daripada sebarang fitnah yang membinasakan.
 
 



 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)