Kerajaan PAS Kelantan Benarkan Konvoi Rempit, Lepak di Lapangan Terbang?

Melaka Digest
By -
0

Tindakan seorang ADUN PAS Kelantan menganjurkan konvoi bermotorsikal dilihat hanyalah untuk menegakkan benang yang basah. ADUN Melor terpaksa mempertahankan budaya “lepak” serta merempit di kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kerana malu apabila ditegur oleh ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dari blok pembangkang.


Lapangan terbang ialah pintu masuk utama pelancong, pelabur dan pengunjung ke sesebuah negeri. Ia sepatutnya menjadi wajah pertama yang mencerminkan disiplin, keteraturan dan imej progresif negeri. Namun apabila kawasan strategik itu dibiarkan menjadi lokasi melepak dan aktiviti bermotosikal yang mengganggu, ia memberi mesej yang sangat berbeza. Isu ini telah dipolitikkan kerana hanya rasa malu dan tercabar.

Isu ini menjadi hangat selepas, Dr Hafidzah Mustakim, membangkitkan kebimbangan terhadap aktiviti melepak dan merempit di kawasan lapangan terbang baharu Kota Bharu.

Teguran itu sepatutnya dilihat sebagai usaha memperbaiki imej negeri dan menjaga kepentingan awam. Namun yang berlaku sebaliknya apabila ada pihak dikatakan melenting dan mempertahankan keadaan tersebut dengan alasan “mereka bukan hisap dadah” atau tidak melakukan jenayah berat.

Persoalannya, adakah standard pentadbiran negeri sudah jatuh begitu rendah sehingga ukuran kejayaan hanya sekadar anak muda tidak terlibat dadah?


Inilah masalah apabila sesebuah kerajaan berpuas hati dengan tahap minimum. Asalkan tiada jenayah besar, semuanya dianggap selesai. Sedangkan tugas kerajaan jauh lebih besar daripada itu. 
 


Kerajaan yang berwawasan sepatutnya memikirkan bagaimana menyediakan ruang riadah yang selamat, membina litar sukan permotoran terkawal, mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasakan ekonomi anak muda dan menjadikan tenaga belia sebagai aset negeri.

Bukan membiarkan mereka memenuhi kawasan lapangan terbang tanpa arah.

Lebih membimbangkan apabila rancangan konvoi motosikal dan perhimpunan di Kota Lama selepas isu tersebut dibangkitkan. Ramai melihat tindakan itu bukan sekadar aktiviti santai tetapi mesej politik untuk menunjukkan kekuatan dan memberi tekanan kepada satu-satunya ADUN wanita dalam DUN Kelantan yang berani bersuara.

Jika benar begitu, ia memperlihatkan budaya politik yang tidak matang. Bila ditegur, bukan jawab dengan dasar. Bila dikritik, bukan perbaiki keadaan. Sebaliknya mobilisasi kumpulan tertentu untuk menekan pengkritik.

Rakyat tidak perlukan politik kasar, budaya intimidasi atau gaya “gedebe” yang hanya menunjukkan siapa lebih ramai dan lebih bising.

Rakyat perlukan kepimpinan yang matang, tenang menerima teguran dan bersedia mencari penyelesaian.

Jika isu sekecil imej lapangan terbang pun gagal ditangani secara profesional, bagaimana rakyat mahu yakin isu lebih besar seperti pelaburan, pekerjaan dan masa depan negeri boleh diurus dengan baik?

Anak muda sepatutnya dibimbing ke arah masa depan, bukan dijadikan alat politik bermusim.

ADUN PAS ingin melawan pihak berkuasa di kawasan lapangan terbang tersebut?

Mungkin ADUN PAS lupa nama lapangan terbang tersebut, cuba tengok, nama siapa!


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)