Sofia Rini "Whistleblower" Atau Ejen Murahan Bersatu?

Melaka Digest
By -
0

Oleh Jebat Durhaka


BETUL atau tidak, itu belakang cerita, yang penting dia lontar dulu tuduhan liar terhadap Kerajaan MADANI dan parti PKR, itu modus operandi Sofia Rini Buyong.

Pertama Sofia Rini ialah ahli awal PPBM (Bersatu) dengan (Nombor keahlian 0000651, Bahagian Titiwangsa, Cawangan Datuk Keramat Selatan), parti pembangkang yang diketahui aktif merancang strategi kotor untuk menjatuhkan kerajaan.

Keterlibatannya dalam isu ini bukanlah kebetulan, sebaliknya mencurigakan seperti seorang ejen yang ditanam (planted agent) dengan misi khusus untuk memporak-perandakan kestabilan politik PKR dan Kerajaan MADANI. Nombor keahlian di bawah tiga angka ini bukan watak biasa-biasa.

Kedua, terdapat "conflict of interest" yang nyata dalam tindakannya. Tuduhan yang dilemparkan bersifat mala fide — bermotifkan niat jahat dan dirancang untuk merosakkan reputasi pemimpin kerajaan. Kesemua dakwaan yang dibuat hanyalah bersifat hearsay dan liar, tanpa asas undang-undang atau bukti kukuh.

Ketiga, tuduhan kononnya (Datuk Seri) Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak telah menjadi warganegara Turki adalah sama sekali tidak masuk akal. Farhash adalah rakyat Malaysia tulen, pemegang kad pengenalan dan pasport Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara tegas melarang rakyat Malaysia daripada memegang "dual citizenship". Oleh itu, dakwaan tersebut adalah fitnah belaka.

Kesimpulannya, Sofia Rini telah hilang kredibiliti sepenuhnya sebagai saksi atau whistleblower. Rakyat Malaysia perlu peka terhadap taktik kotor pembangkang yang cuba menggugat kestabilan negara melalui penyebaran maklumat palsu dan provokasi berbahaya.

Penulis ialah pemerhati politik yang juga seorang ahli kepada sebuah parti politik di negara ini.
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)