Masuk PAS Adalah Jalan Terakhir Hamzah Zainuddin

Melaka Digest
By -
0

Langkah politik Hamzah Zainuddin kebelakangan ini semakin memperlihatkan sebagai usaha menyelamatkan kedudukan diri dan kumpulan ahli parlimen yang menyokongnya dalam lanskap politik yang semakin tidak menentu.


Hamzah tiada ‘Rumah Baharu’ apabila beliau beliau tidak menolak kemungkinan menyertai Parti PAS. 'Parti Keluarga Malaysia' dokhabarkan masih belum berdaftar dan Hamzah dilihat berada di hujung tanduk.

Persepsi yang wujud sekarang adalah langkah ini bukan untuk memperkukuh perjuangan tetapi lebih kepada sekadar mencari perlindungan politik selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Pemecatan beliau daripada Bersatu bukan insiden kecil. Ia lahir daripada konflik kepimpinan yang melibatkan desakan terhadap Muhyiddin Yassin untuk berundur, satu langkah yang akhirnya memakan diri Hamzah dan pengikutnya. Kini, apabila beliau cuba mengekalkan pengaruh dengan mendakwa sokongan majoriti Ahli Parlimen Bersatu, persoalan yang timbul di kalangan pemerhati politik adalah, jika benar Hamzah kuat, mengapa perlu mencari ‘rumah baharu’?

Malah pemerhati politik juga berpandangan bahawa talian hayat Hamzah sekarang adalah di dalam tangan PAS.

Lebih menarik, reaksi daripada kem Bersatu sendiri menunjukkan jurang kepercayaan yang semakin melebar. Muhyiddin Yassin secara terbuka menyatakan sikap berhati-hati terhadap sebarang bentuk kerjasama semula, manakala Ketua Penerangan Bersatu Malaysia,  Tun Faisal Abdul Aziz mencadangkan laluan alternatif di luar PN. Ini memberi isyarat jelas bahawa pintu lama tidak lagi terbuka luas seperti dahulu.

Sehingga kini, PAS masih tidak berani mengeluarkan kenyataan tentang kedudukan Hamzah.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)