Sandiwara Hamzah Di Tepi Sawah: Bukti Pembangkang Hari Ini Paling Tidak Berguna

Melaka Digest
By -
0

Petani ada yang dah guna drone

Apabila melihat Hamzah Zainuddin memuat naik statusnya di laman sosial ‘X’ dengan menunjukkan beliau memimpin sekumpulan kecil pemimpin PAS dan penyokong parti pembangkang di satu lokasi yang menunjukkan sebuah kampung petani yang bersawah padi maka terjawablah apa yang selama ini didakwa bahawa Hamzah ‘kuat berlakon’.

 

Menurut orang kampung tersebut, inilah kali pertama beliau melihat sekumpulan wakil rakyat pembangkang masuk ke kampung mereka dan menjadikannya sebagai bahan untuk menyerang kerajaan pusat. Tambah sumber, kesempatan yang diambil oleh Hamzah dan beberapa pemimpin PAS adalah kerana isu kenaikan harga minyak terutamanya minyak diesel di Semenanjung Malaysia.

 


Hamzah lantas membuat kenyataan di akaun ‘X’ miliknya;  

 

“Sebelum ini, kos tanaman padi yang ditanggung pesawah adalah sekitar RM2,000 per ekar. Sekarang ia telah melambung melebihi RM3,000 per ekar. Membajak - pakai diesel. Menuai - pakai diesel. Pam air - pakai diesel”.

 

Apa yang dikesalkan oleh orang kampung tersebut adalah, kenapa Hamzah tidak menceritakan apa inisiatif yang kerajaan pusat berikan kepada golongan petani/pesawah?

 

Bukankah inisiatif untuk petani mahu pun pesawah dan nelayan telah dibentangkan di parlimen dan kesemua ahli parlimen sedar dan maklum berhubung perkara ini?

 

1. Subsidi & Insentif Padi Diperkukuh

  • Kadar subsidi baja padi dikekalkan dan ditambah baik.
  • Insentif harga padi ditingkatkan bagi lindungi pendapatan pesawah.
  • Subsidi benih padi sah diperluas.

 

2. Kenaikan Harga Lantai Padi

  • Harga lantai padi dinaikkan untuk jamin pulangan lebih stabil kepada pesawah.
  • Kurangkan kebergantungan kepada orang tengah.

 

3. Program Sekuriti Makanan

  • Pelan meningkatkan pengeluaran beras tempatan.
  • Galakan penggunaan teknologi seperti dron & automasi.

 

4. Modernisasi Pertanian

  • Bantuan mesin dan mekanisasi (jentera, smart farming).
  • Latihan kepada petani muda (agropreneur).

 

5. Pengurangan Kos Input

  • Intervensi kerajaan dalam harga baja & racun.
  • Program pembelian pukal bagi turunkan kos.

 

Hamzah dan pemimpin PAS sepatutnya tahu bahawa terdapat juga:

 

1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  • Petani & nelayan dalam kategori B40 menerima bantuan tunai.

 

2. Pembiayaan Mudah

  • Pinjaman melalui Agrobank.
  • Skim mikro kredit untuk usahawan agro & perikanan.

 

3. Pasar Tani & 'Direct Market'

  • Perluasan pasar tani untuk kurangkan orang tengah.
  • Petani jual terus kepada pengguna.

 

4. Insurans & Perlindungan

  • Skim perlindungan tanaman dan nelayan.
  • Kurangkan risiko akibat cuaca & bencana.

 

Justeru, sepatutnya Hamzah dan pemimpin PAS yang bersama beliau telah pun tahu bahawa pendekatan Kerajaan MADANI lebih tertumpu kepada:

 

  • Kurangkan kos (subsidi & intervensi harga)
  • Tingkatkan hasil (teknologi & modernisasi)
  • Jamin pendapatan (harga lantai & bantuan tunai)

 

Malah rakyat dan juga golongan yang terlibat juga mengetahui apa inisiatif tersebut. Rujuk poster di bawah:

 




Terkini, menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan pusat sedang berusaha mengurangkan beban perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat menjadi tumpuan kerajaan dalam menghadapi krisis tenaga global yang memberi kesan terhadap harga barangan serta kos sara hidup.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu ditegaskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) ke-17 yang dipengerusikannya semalam.

Timbul juga pertanyaan, mana Pengerusi PN, Ahmad Samsuri? 


 

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)