Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Sungai Udang, Melaka, Mohd Aleef Yusof menjadi tajuk bualan rakyat Melaka apbila memuat naik status di laman facebook rasminya wajah seorang ADUN dengan muka anjing dengan status yang tidak menggambarkan seorang wakil rakyat.
Berlatar belakang seorang “Dr” tetapi gaya bahasa lebih teruk dari seorang penagih dadah yang sedang ‘lalok’.
Apa yang memalukan adalah YB Datuk Abdul Razak Bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya dilihat begitu tenang menjaab soalan provocative dari ADUN Sungai Udang tersebut tidak seperti yang digambarkan oleh Adun tersebut.
Tambah memalukan, YB Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyatie juga kelihatan turut menegur ADUN Sungai Udang dari parti Bersatu yang dilihat mungkin kurang ajar.
Ini bukan kali pertama ADUN Sungai Udang ‘membuat perangai’ di Sidang DUN Melaka. Sebelum ini beliau pernah diarah keluar dewan di dalam isu lagu Negaraku. Beliau telah mencetuskan kontroversi apabila didakwa tidak berdiri semasa lagu Negaraku dimainkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada April 2025. Beliau mempertikaikan amalan nyanyian lagu tersebut yang dianggap 'luar biasa' dan ditegur oleh Speaker DUN Melaka.



