Tarikh, Masa Sesuai Bagi Ahli Parlimen Jasin Membuat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Seluruh Rakyat Malaysia.

Melaka Digest
By -
0

"Oleh yang demikian, kami bersetuju untuk menarik balik sepenuhnya, secara mutlak dan tanpa sebarang syarat kenyataan-kenyataan tersebut,", pengakuan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail apabila mahkamah mengarahkan beliau dan akhbar Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang dikeluarkan pada 2023.

Apa yang menjadi perdebatan selepas itu adalah, rata-rata penyokong PAS malu lantas ada di antaranya cuba membina naratif seolah-olah ahli parlimen Jasin tersebut tidak bersalah?

Lihat sahaja PAS Melaka di dalam kenyataan yang dimuat naik melalui akuan facebook rasmi milik mereka, baca di SINI.

Menurut pemerhati politik Melaka, ahli parlimen Jasin mempunyai tanggungjawab besar iaitu perlu membuat kenyataan rasmi tentang dirinya dan akhbar lidah rasmi PAS, Harakah yang terbukti telah memfitnah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di dalam isu Qunut Nazilah. BACA di SINI.

Tambah pemerhati politik lagi, tarikh dan tempat yang yang tebaik untuk ahli Parlimen Jasin lakukan permohonan maaf adalah di ceramah politik PAS pada 25 April 2026.

Sebagai pemimpin PAS yang memegang label ‘ulama’, Hj Zulkifli lebih tahu sejauh mana fitnah yang beliau lemparkan telah ‘pergi’ dan seramai mana sahaja yang tahu apa yang beliau katakana itu adalah fitnah.

Inilah masa terbaik untuk beliau memohon maaf secara terbuka dan boleh disiarkan secara "live".
 



 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)