Kes fitnah berhubung dakwaan larangan takbir dan bacaan Qunut Nazilah sempena Minggu Solidariti Palestin yang melibatkan ahli parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan akhbar Harakah nampaknya masih belum selesai di peringkat PAS Melaka?
Status facebook rasmi milik PAS Melaka memuat naik “Apa sebenarnya terjadi” melalui ‘hujahan’ dari individu yang bernama Hanif Jamaluddin;
Apa sebenarnya terjadi!!
Cikgu Fadli pernah sebut dalam fb. Semua orang tengok video clip tersebut. Semua orang faham bahawa tidak boleh qunut. Dan yang faham ni bukan seorang dua.
Agamawan dan Mutfi pun ada yang bagi komen di media sosial. Kesan salah faham dari ucapan menteri itu jelas mengundang pemahaman bahawa takbir dan qunut di larang.
MP Jasin tegur dan bagi ucapan di Melaka berkenaan dengan perkara ini. Tanya kenapa tak boleh?
MENTERI masih tak jawab dengan JELAS.
Susah sangat ke nak jawab : "KPM tak larang, KPM bagi pelajar takbir & qunut nazilah"
Nak jaga hati siapa? entah la.
Yang dijawab di Parlimen: "jangan susah hati kalau tiada qunut dan takbir"
Lepas kenyataan dari MP JASIN, MENTERI saman malu. Dia kata ini fitnah.
Kalau kita rujuk dalam dokumen mahkamah, dia mengakui KEMENTERIAN tidak larang dan boleh buat takbir dan qunut.
Berbeza dengan statement di parlimen!!
Selepas pengesahan tersebut di Mahkamah, MP JASIN setuju minta maaf sebab merujuk dokumen di mahkamah hakikatnya dah boleh qunut dan takbir. Dan ucapan menteri di parlimen memang mengundang tafsiran berbeza.
Ucapan di parlimen tu rekod. Dokumen di mahkamah pun rekod.
Di parlimen cakap ‘jangan susah hati kalau takde qunut nazilah dan takbir’. Dekat mahkamah kata tak larang pula. Bila org salah faham, saman.
Next time cakap terang-terang lah MENTERI!!
So sekarang ni sudah dalam rekod mahkamah, di sekolah pelajar BOLEH TAKBIR dan QUNUT NAZILAH!!
Nasib baik isu ini sampai mahkamah. Baru jelas!!
Next time cakap biar jelas!! Supaya orang tidak keliru dan salah faham.
Apakah niat sebenar PAS Melaka? Adakah tidak puashati dengan keputusan mahkamah atau ingin membuka ‘mahkamah facebook’ atau ingin mencabar keputusan mahkamah?
Adakah PAS ingin menutup malu dengan hujahan seperti yang tersebut dan ingin nyatakan bahawa ahli parlimen Jasin itu tidak bersalah?
Beranikah ahli parlimen Jasin meminta maaf di setiap ceramah politiknya terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Menteri tersebut seperti mana beliau menjadikannya modal politik setiap kali naik pentas untuk berceramah?



