Hina Mertua, Sahabat Nabi SAW: Apa Istimewanya Zawawi Hingga Masih Belum Didakwa?

Melaka Digest
By -
0

Kontroversi melibatkan ahli parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh kini semakin mencetuskan kemarahan ramai umat Islam apabila sehingga hari ini masih belum kelihatan sebarang tindakan tegas dibawa ke mahkamah walaupun polis sudah merekodkan puluhan keterangan berhubung kenyataan yang didakwa menghina Sahabat Nabi SAW termasuk mertua Baginda SAW.


Menurut laporan, Polis Diraja Malaysia di Kelantan telah merekodkan sebanyak 65 keterangan termasuk daripada Zawawi sendiri berhubung kes tersebut.

Persoalannya mudah. Kalau siasatan sudah berjalan begitu jauh dan begitu ramai saksi sudah dipanggil, kenapa kes ini masih kelihatan begitu perlahan?

Apa sebenarnya yang sedang ditunggu?

Dan paling penting, apa istimewanya Zawawi sehingga isu melibatkan penghinaan terhadap Sahabat Nabi SAW dilihat tidak menerima ketegasan luar biasa seperti kes-kes lain sebelum ini?

Rakyat hari ini mula membuat perbandingan.

Sebelum ini, ada rakyat biasa yang menghina atau memfitnah pemimpin politik tertentu termasuk melibatkan Muhammad Sanusi Md Nor, tindakan pantas diambil.

Ada yang disiasat segera.

Ada yang didakwa.

Ada yang dikenakan hukuman.

Pendek kata, apabila melibatkan penghinaan terhadap ahli politik, tindakan undang-undang boleh bergerak dengan sangat pantas tetapi apabila isu melibatkan penghormatan terhadap Sahabat Nabi SAW dan keluarga Baginda sendiri, rakyat terutama umat Islam di sini melihat keadaan seolah-olah bergerak jauh lebih perlahan dan penuh berhati-hati.

Inilah yang mula mencetuskan rasa tidak puas hati ramai umat Islam kerana bagi umat Islam, penghormatan terhadap Nabi SAW, keluarga Baginda dan para Sahabat RA bukan isu politik biasa.

Ia soal akidah.

Ia soal adab.

Ia soal maruah agama.

Sebab itu ramai mula bertanya, adakah undang-undang di negara ini hanya cepat apabila melibatkan pemimpin politik tetapi menjadi terlalu perlahan apabila melibatkan sensitiviti agama?

Lebih membimbangkan, kontroversi ini juga mula membuka persepsi bahawa ada pihak tertentu cuba melindungi Zawawi kerana kedudukan politik beliau?

Walaupun rakyat melihat pelbagai laporan polis dibuat, desakan demi desakan muncul dan kemarahan umat Islam semakin memuncak, namun sehingga kini masih belum ada perkembangan yang benar-benar meyakinkan rakyat bahawa kes ini akan dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
 

 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)