![]() |
| Tadika PASTI Jasin Bistari |
Kontroversi melibatkan penamatan tugas seorang jurulatih bola jaring wanita di Melaka kini semakin panas apabila individu yang terbabit, Zuleeda Addilla, tampil mendedahkan apa yang didakwanya sebagai cubaan memutarbelit fakta oleh pihak tertentu termasuk kepimpinan berkaitan Tadika PASTI di negeri itu.
Sebelum ini, Zuleeda memilih untuk berdiam diri. Namun apabila isu tersebut mula dimainkan secara politik dan terdapat pihak yang didakwanya cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak pernah mempunyai sebarang hubungan rasmi sebagai jurulatih bola jaring untuk Tadika PASTI di kawasannya, beliau akhirnya tampil memberikan penjelasan terbuka.
![]() |
| Tadika PASTI Jasin Bistari |
Apa yang lebih mengejutkan, menurut beliau, pelajar tadika di bawah jagaan Pengarah PASTI Melaka sendiri pernah dilatih olehnya.
“Pelajar tadika di bawah jagaan Pengarah PASTI Melaka pun saya yang latih,” katanya bagi menjelaskan bahawa penglibatan beliau dalam pembangunan sukan bola jaring untuk Tadika PASTI bukan perkara baharu atau direka-reka.
Kenyataan itu sekali gus menimbulkan persoalan besar terhadap naratif yang cuba dibawa oleh pihak tertentu kononnya beliau tidak pernah dilantik atau tidak dikenali sebagai jurulatih untuk program berkaitan Tadika PASTI di Melaka.
“Adakah kerana saya dibayar oleh pihak ibu bapa maka saya dikira bukan jurulatih tadika?” katanya lagi.
Beliau yang mempunyai tauliah dalam bidang kejurulatihan bola jaring berkata, sepanjang tempoh tersebut beliau tidak pernah terlalu berkira soal imbuhan atau perbezaan politik kerana keutamaan beliau hanyalah mahu membantu pembangunan sukan kanak-kanak di kawasan terbabit.
“Saya ketepikan perbezaan politik dan meletakkan keutamaan perpaduan melalui sukan adalah lebih utama,” tegasnya.
Apa yang lebih menyedihkan menurut beliau ialah apabila isu melibatkan kanak-kanak kecil dan aktiviti sukan mula dijadikan bahan propaganda politik oleh pihak tertentu.
“Janganlah berpolitik, anak-anak ini bukannya tahu apa, mereka terlalu kecil untuk menjadi alat propaganda politik,” ujarnya ketika dihubungi media.
Kontroversi ini kini mula membuka persoalan lebih besar dalam kalangan masyarakat mengenai budaya politik yang semakin melampau sehingga aktiviti sukan kanak-kanak dan jurulatih di peringkat tadika pun boleh dijadikan bahan pertikaian politik kepartian.
Ramai juga mula mempersoalkan, jika benar Zuleeda tidak pernah mempunyai hubungan sebagai jurulatih dengan Tadika PASTI, bagaimana pula beliau boleh melatih pelajar di bawah jagaan pihak pengurusan yang sama sebelum ini?
Dalam suasana politik yang semakin tegang, rakyat sebenarnya semakin muak melihat segala perkara cuba dipolitikkan termasuk soal pembangunan sukan dan kebajikan anak-anak kecil.
Kerana akhirnya, sukan sepatutnya menjadi jambatan perpaduan masyarakat, bukannya medan untuk menghukum seseorang hanya kerana perbezaan fahaman politik.

