Megat D Shariman Heret Nama Tuanku Ke Pentas Politik?

Melaka Digest
By -
0

 


Kenyataan Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang mendakwa tindakan Datuk Seri Jalaluddin Alias memaparkan salasilah Institusi Adat di pentas Konvensyen UMNO boleh menggugat kedudukan Yam Tuan Besar Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir kini mula mengundang persoalan balas daripada rakyat dan pemerhati politik.


Rakyat Negeri Sembilan mula mempersoalkan sama ada tindakan Megat sendiri sebenarnya turut membawa nama Institusi Diraja ke gelanggang politik secara terbuka malah nama Tuanku Mukhriz dibawa hingga ke jalan raya suatu tindakan yang betul?

Ini kerana beliau menggunakan platform bernama “Sekretariat Taat Setia Sokongan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan” dalam siri kenyataan media, sidang akhbar dan demonstrasi politik yang dilihat menyerang pelbagai pihak secara terbuka terutamanya Datuk Seri Haji Jalaluddin.

Jika memaparkan institusi adat di pentas politik dianggap sensitif dan tidak wajar, bagaimana pula penggunaan nama Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir secara langsung dalam nama sebuah sekretariat yang aktif membuat tekanan politik dan kenyataan bersifat partisan?

Pemerhati melihat tindakan itu berisiko menimbulkan persepsi bahawa Institusi Diraja sedang dikaitkan dengan percaturan politik tertentu, sesuatu yang amat sensitif dalam konteks sistem Raja Berperlembagaan negara.

Lebih membimbangkan, penggunaan nama Tuanku dalam gerakan seperti demonstrasi dan sidang media boleh membuka ruang kepada salah faham rakyat seolah-olah setiap pendirian sekretariat tersebut mewakili institusi istana secara rasmi.

Hakikatnya, Institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan perlu kekal berada di atas segala pertikaian politik demi menjaga kewibawaan, neutraliti dan kehormatan institusi itu sendiri.

Justeru, timbul desakan agar pihak berkuasa menyiasat sama ada penggunaan nama berkaitan DYMM Tuanku dalam gerakan bersifat politik ini wajar diteruskan atau sebenarnya telah melangkaui batas sensitiviti institusi diraja.

Dalam keadaan politik Negeri Sembilan yang semakin tegang, ramai berpandangan semua pihak perlu lebih berhati-hati agar nama dan kedudukan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir tidak dijadikan alat dalam pertembungan politik semasa.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)