Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, perhatian kini tertumpu kepada dinamika dalaman Perikatan Nasional (PN) susulan pengumuman yang mencetuskan pelbagai persoalan strategik.
Menurut kenyataan yang disiarkan melalui akaun rasmi TikTok yang dikaitkan dengan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa terdapat empat parti yang telah memohon untuk menyertai PN. Namun, pengumuman ini sendiri menimbulkan tanda tanya, mengapa ia dibuat oleh beliau, sedangkan beliau bukan Pengerusi mahupun Setiausaha Agung PN?
Lebih daripada isu protokol, persoalan sebenar yang timbul adalah berkaitan agihan kuasa dan ruang politik dalam gabungan tersebut. Penyokong serta pemerhati mula mempersoalkan sekiranya parti baharu diterima masuk, sejauh mana mereka akan diberikan tempat dalam pembahagian kerusi?
Situasi ini menjadi lebih kompleks apabila PAS secara terbuka menyatakan hasrat untuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Jumlah itu bukan kecil malah dilihat sebagai langkah strategik untuk meletakkan calon utama atau “poster boy” daripada parti tersebut, sekali gus membuka ruang kepada tuntutan jawatan Menteri Besar sekiranya berjaya membentuk kerajaan.
Namun, dengan jumlah keseluruhan kerusi yang terhad, baki yang tinggal adalah sekitar 12 kerusi yang perlu diagihkan kepada parti-parti lain dalam gabungan. Ini termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, serta parti-parti lain seperti Pejuang, United for the Rights of Malaysians Party (URIM), kumpulan bekas HINDRAF dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia.
Adakah sama ada parti-parti baharu ini benar-benar akan diberikan peluang yang adil, atau sekadar menjadi pelengkap dalam strategi yang telah ditentukan lebih awal.
PAS tidak bertanding solo di Melaka tetapi 'mengaut' kerusi hampir kesemuanya.
