UMNO Kekal Pilihan Pertama Di Melaka

Melaka Digest
By -
0

Penubuhan rasmi UMNO Cawangan Krubong Heights menjadi satu lagi bukti bahawa perjuangan UMNO terus mendapat tempat di hati rakyat apabila semangat penyatuan dan kebersamaan masih kekal subur dalam kalangan masyarakat setempat.


Majlis Penubuhan dan Perasmian UMNO Cawangan Krubong Heights yang berlangsung penuh semangat itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila cawangan baharu tersebut secara rasmi menjadi cawangan ke-75 di bawah UMNO Bahagian Tangga Batu.

Kehadiran penduduk setempat bersama jawatankuasa penaja menggambarkan bahawa semangat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air masih terus hidup, khususnya dalam kalangan masyarakat di Taman Krubong Heights.

Tahniah turut diberikan kepada Ketua Cawangan UMNO Krubong Heights, Saudara Mohammad Hafis Abd Aziz yang memainkan peranan besar dalam merealisasikan penubuhan cawangan tersebut sehingga berjaya dilancarkan secara rasmi.

Penubuhan cawangan baharu itu dilihat bukan sekadar penambahan angka keahlian, tetapi simbol kekuatan akar umbi UMNO yang terus berkembang walaupun berdepan pelbagai cabaran politik semasa.

Dalam ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagia Tangga Batu yang juga merupakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin.

Beliau menegaskan bahawa UMNO perlu terus menjadi wadah perpaduan orang Melayu dan bukannya platform perpecahan. Semangat asal penubuhan UMNO yang diasaskan atas prinsip penyatuan rakyat Melayu demi mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara perlu terus dipertahankan oleh generasi hari ini.

Beliau turut mengingatkan ahli parti supaya tidak gentar dengan fitnah, tohmahan dan serangan politik yang semakin mencabar. Menurut beliau, kekuatan perjuangan hanya akan terus bertahan apabila ahli kekal ikhlas, bersatu dan istiqamah mempertahankan parti.

Selain agenda politik dan perpaduan, komitmen membantu masyarakat setempat turut diberikan perhatian apabila usaha membangunkan surau di Taman Krubong Heights dijanjikan akan dilaksanakan demi manfaat penduduk kawasan tersebut.

Langkah itu sekali lagi memperlihatkan bahawa UMNO bukan sekadar bergerak dalam politik semata-mata, tetapi terus memainkan peranan dalam pembangunan komuniti dan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi.

Dengan semangat kebersamaan yang semakin kuat, UMNO Cawangan Krubong Heights diyakini mampu berkembang lebih jauh serta menarik lebih ramai generasi muda menyertai perjuangan parti pada masa akan datang.

Realitinya, kekuatan UMNO sentiasa bergantung kepada perpaduan ahlinya. Selagi saf perjuangan terus diperkukuhkan dan ukhwah terus dipelihara, UMNO diyakini mampu terus kekal relevan sebagai wadah perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
 












 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)