CADANGAN mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun kini muncul sebagai antara reformasi institusi paling penting dalam sejarah politik moden Malaysia.
Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu bukan sekadar perubahan teknikal pentadbiran, tetapi menyentuh persoalan lebih besar mengenai budaya kuasa, kekuatan institusi demokrasi dan masa depan sistem politik negara.
RUU ini gagal diluluskan apabila hanya memperoleh 146 sokongan berbanding keperluan minimum 148 undi. Kegagalan tipis itu cukup menggambarkan reformasi institusi di negara ini bukan sahaja memerlukan persetujuan moral, bahkan kesediaan politik yang jelas di Dewan Rakyat.
Kini, apabila RUU ini dibawa semula, tumpuan tidak harus tertumpu kepada siapa menang atau kalah secara politik. Persoalan lebih besar adalah sama ada Malaysia benar-benar bersedia meletakkan had jelas terhadap kuasa eksekutif tertinggi negara.
Dari sudut Perlembagaan, pindaan seperti ini memerlukan sokongan not less than two-thirds of the total number of members of that House. Maksudnya, ambang dua pertiga itu merujuk kepada keseluruhan keanggotaan Dewan Rakyat, bukan sekadar Ahli Parlimen hadir, mengundi atau kerusi sedang diisi. Dengan Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi, angka dua pertiga kekal 148.
Sebab itu kekosongan kerusi Pandan dan Setiawangsa selepas Datuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan tidak menurunkan ambang berkenaan. Angka 148 kekal menjadi penentu. Dari segi politik, keadaan ini menjadikan sokongan rentas parti lebih penting kerana ruang untuk kegagalan menjadi semakin sempit.
Namun, isu ini tidak wajar dibaca secara sempit sebagai isu kerajaan semata-mata. Menyokong RUU ini bukan bermakna menyokong mana-mana Perdana Menteri secara peribadi. Menyokong RUU ini bermakna menyokong prinsip bahawa kuasa Perdana Menteri, siapapun orangnya dan daripada parti manapun beliau datang, tidak boleh dibiarkan tanpa had masa munasabah.
Inilah kekuatan sebenar RUU ini. Ia mengehadkan kerajaan hari ini, kerajaan esok dan semua kerajaan selepas ini. Jika pemimpin kerajaan menjadi Perdana Menteri, beliau tertakluk kepada had sama. Jika pemimpin pembangkang menjadi Perdana Menteri pada masa depan, beliau juga tertakluk kepada had sama. Reformasi yang baik tidak memilih parti. Ia membina pagar kepada kuasa.
Dalam konteks politik negara, isu had tempoh Perdana Menteri membawa implikasi jauh lebih besar daripada sekadar soal tempoh seseorang mentadbir kerajaan. Ia menyentuh budaya konsentrasi kuasa yang sudah lama menjadi ciri dominan sistem politik Malaysia.
Sejak merdeka, institusi eksekutif berkembang jauh lebih kuat berbanding institusi semak dan imbang lain. Kedudukan Perdana Menteri bukan sahaja menguasai pentadbiran kerajaan, malah mempunyai pengaruh besar terhadap struktur parti pemerintah, pelantikan politik dan hala tuju institusi negara.
Politik berpusat kepada individu
Akibatnya, politik Malaysia selama puluhan tahun sering dilihat terlalu berpusat kepada individu berbanding kekuatan institusi. Apabila seseorang pemimpin terlalu lama berada di puncak kuasa, parti politik cenderung berubah menjadi jentera kesetiaan peribadi. Institusi pula mudah menyesuaikan diri kepada kehendak tokoh, bukan kepada prinsip semak dan imbang.
Fenomena ini bukan unik kepada Malaysia. Banyak negara membangun turut berdepan budaya executive dominance, iaitu keadaan apabila kuasa eksekutif menjadi terlalu dominan sehingga mekanisme semak dan imbang demokrasi menjadi lemah.
Atas sebab itu, banyak negara demokrasi memperkenalkan had tempoh kepemimpinan bagi mengelakkan pemusatan kuasa terlalu lama kepada seorang individu. Amerika Syarikat (AS) mengehadkan Presiden kepada dua penggal menerusi Pindaan Ke-22 Perlembagaan selepas pengalaman Franklin D Roosevelt. Indonesia pula memperkenalkan had dua penggal Presiden selepas era autoritarian Suharto.
Dalam konteks Malaysia, reformasi ini mempunyai beberapa kepentingan utama.
Pertama, ia mampu memperkukuh budaya peralihan kuasa secara lebih sihat dan tersusun. Politik Malaysia terlalu lama bergantung kepada tokoh dominan sehingga institusi sering dilihat menyesuaikan diri kepada kehendak individu tertentu.
Had tempoh jawatan akan memaksa parti politik membina pelapis kepemimpinan secara lebih sistematik dan mengurangkan risiko budaya taksub terhadap tokoh tertentu.
Kedua, reformasi ini turut memberi kesan kepada keyakinan terhadap tadbir urus negara. Pelabur antarabangsa lazimnya memberi perhatian terhadap kestabilan institusi serta kepastian proses peralihan kuasa.
Negara yang mempunyai mekanisme jelas terhadap had kuasa politik biasanya dilihat lebih matang dari sudut governans. Dalam persaingan ekonomi global hari ini, kekuatan institusi bukan lagi sekadar isu politik domestik tetapi turut menjadi faktor strategik ekonomi negara.
Ketiga, RUU ini membawa mesej moral yang besar. Dalam demokrasi moden, kesediaan pemerintah mengehadkan kuasa sendiri dianggap simbol kematangan politik dan komitmen terhadap prinsip demokrasi institusi. Ia menunjukkan kuasa tidak dianggap hak milik peribadi, tetapi amanah sementara yang mesti sentiasa tertakluk kepada undang-undang, institusi dan rakyat.
Namun, reformasi ini tidak boleh dilihat secara terpisah daripada agenda pembaharuan institusi lain. Had tempoh Perdana Menteri sahaja tidak mencukupi sekiranya struktur semak dan imbang masih lemah.
Tanpa pengukuhan Parlimen, reformasi institusi penguat kuasa, pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara serta peluasan akses kebebasan maklumat, pindaan ini berisiko menjadi simbol politik semata-mata.
Namun hakikat satu reformasi belum lengkap bukan alasan untuk menolak reformasi yang baik. Dalam sejarah pembinaan institusi, perubahan tidak selalunya datang dalam satu pakej sempurna. Ia bergerak secara bertahap. Had tempoh Perdana Menteri adalah antara langkah penting ke arah demokrasi institusi lebih matang.
Akhirnya, perbahasan mengenai had 10 tahun Perdana Menteri bukan sekadar soal siapa boleh atau tidak boleh memegang kuasa lebih lama. Ia sebenarnya perdebatan mengenai jenis demokrasi yang mahu dibina Malaysia: sama ada terus bergantung kepada kekuatan individu atau mula membina sistem politik lebih seimbang, tahan dan berasaskan kekuatan institusi.
Sebab itu rakyat tidak boleh menjadi pemerhati pasif. Setiap pengundi wajar bertanya kepada Ahli Parlimen masing-masing: adakah anda menyokong RUU ini? Adakah anda bersedia mengehadkan kuasa Perdana Menteri, walaupun suatu hari nanti Perdana Menteri itu datang daripada parti anda sendiri?
Soalan itu penting kerana demokrasi matang tidak dibina hanya melalui ucapan reformasi. Ia dibina apabila wakil rakyat berani mengundi untuk mengehadkan kuasa.
Had 10 tahun bukan hukuman terhadap mana-mana Perdana Menteri. Ia adalah disiplin terhadap kuasa. Kuasa dipinjam daripada rakyat dan setiap pinjaman mesti ada hadnya.

Penulis adalah Pengamal komunikasi strategik dan bekas Ketua Unit Komunikasi Korporat di Jabatan Perdana Menteri (JPM)