Lebih sedekad selepas skandal 1MDB mula menggegarkan negara, satu nama masih terus menghantui perdebatan awam walaupun kelibatnya gagal dikesan sehingga hari ini, Jho Low.
Perhatian terhadap individu yang menjadi buruan antarabangsa itu kembali memuncak susulan dakwaan bahawa beliau menghadiri satu mesyuarat sulit di Malaysia sehingga mencetuskan siasatan polis. Dakwaan tersebut membuka semula satu bab yang ramai anggap belum benar-benar selesai. Jika Jho Low masih dikaitkan dengan pergerakan tertentu, bagaimana individu yang menjadi fokus pelbagai siasatan antarabangsa masih kekal di luar jangkauan pihak berkuasa?
Sepanjang bertahun-tahun, naratif 1MDB banyak berkisar mengenai Datuk Seri Najib Razak. Mahkamah telah membuat keputusan. Najib telah disabitkan atas pelbagai pertuduhan berkaitan skandal tersebut. Sistem kehakiman telah menentukan kedudukannya berdasarkan bukti yang dikemukakan di hadapan mahkamah.
Perkembangan ini juga perlu dilihat bersama keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Najib atas pelbagai pertuduhan berkaitan 1MDB. Dalam penghakimannya, mahkamah memutuskan bahawa beliau memainkan peranan utama dalam penyalahgunaan kuasa dan transaksi yang menjadi asas kepada kes tersebut. Sabitan itu menjadi antara keputusan kehakiman paling penting dalam sejarah skandal 1MDB.
Namun skandal 1MDB tidak pernah melibatkan satu nama sahaja.
Di sebalik tajuk-tajuk utama yang mendominasi perdebatan politik tempatan, muncul rangkaian individu yang berulang kali disebut dalam siasatan antarabangsa, tindakan penguatkuasaan serta prosiding mahkamah di beberapa negara. Antara yang paling menonjol ialah Jho Low, Roger Ng dan Tim Leissner.
Ketiga-tiga nama ini mempunyai satu titik persamaan yang sukar dipisahkan daripada sejarah 1MDB iaitu Goldman Sachs.
Roger Ng merupakan bekas pegawai Goldman Sachs yang terlibat secara langsung dalam urusan berkaitan penerbitan bon 1MDB. Tim Leissner pula merupakan bekas ketua Goldman Sachs bagi Asia Tenggara yang mengaku bersalah di Amerika Syarikat atas peranannya dalam skandal tersebut. Nama Jho Low pula muncul sebagai individu yang didakwa memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelbagai pihak sepanjang operasi berkenaan berlangsung.
Penyelewengan dana 1MDB tidak berlaku melalui satu transaksi tunggal atau satu keputusan pentadbiran semata-mata. Ia melibatkan struktur kewangan antarabangsa yang kompleks, penerbitan bon bernilai berbilion dolar serta rangkaian transaksi rentas sempadan yang akhirnya menarik perhatian penguat kuasa di seluruh dunia.
Sebab itu kenyataan yang pernah dikaitkan dengan Roger Ng terus menjadi perhatian. Bekas pegawai Goldman Sachs itu dilaporkan memberi keterangan bahawa Najib bukan sebahagian daripada kumpulan yang mengendalikan operasi mereka. Sama ada kenyataan tersebut diterima atau ditolak, ia tetap menimbulkan perbahasan mengenai peranan setiap individu yang terlibat dalam keseluruhan rangkaian 1MDB.
Sabitan terhadap Najib merupakan keputusan mahkamah yang sukar diterima apabila keterangan dari Roger Ng telah lama berlegar dan dibuat di dalam mahkamah di Amerika. Pada masa yang sama, kewujudan individu lain yang turut dikaitkan secara langsung dengan operasi kewangan tersebut tidak boleh dipadam daripada rekod sejarah hanya atas pertimbangan politik atau persepsi awam.
Di Malaysia, nama seperti Jasmine Loo, Casey Tang, suami Zeti malah Rohana Rozhan merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings. Namanya menjadi perhatian selepas bekas pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner, memberi keterangan di mahkamah Amerika Syarikat bahawa beliau mempunyai hubungan peribadi dengan Rohana selama bertahun-tahun dan telah membeli sebuah rumah bernilai kira-kira AS$10 juta di London untuknya. Kesemua nama yang tersebut tidak diheret untuk diadili?
Satu perdebatan yang semakin kerap kedengaran ialah sama ada tumpuan berterusan terhadap Najib akhirnya memberi kelebihan kepada Jho Low.
Selagi individu yang didakwa berada di tengah-tengah operasi antarabangsa 1MDB itu tidak dihadapkan ke muka pengadilan, selagi itulah beliau berpotensi kekal sebagai watak yang paling kurang dipersoalkan berbanding pengaruh yang sering dikaitkan dengannya dalam kronologi skandal tersebut.
Sebahagian pemerhati turut membangkitkan satu kebimbangan. Jika benar Jho Low masih mempunyai rangkaian atau saluran untuk mempengaruhi naratif berkaitan 1MDB, adakah wujud usaha berterusan untuk mengukuhkan persepsi bahawa keseluruhan skandal tersebut berpunca daripada seorang individu semata-mata? Keadaan itu membuka ruang kepada tafsiran bahawa penumpuan sepenuhnya terhadap Najib berpotensi mengalihkan perhatian daripada peranan pihak lain yang turut dikaitkan dengan rangkaian transaksi 1MDB.
Inilah yang menjadikan kemunculan semula nama Jho Low begitu signifikan.
Jika individu yang sering digambarkan sebagai watak utama di belakang tabir masih belum dihadapkan ke mahkamah, bagaimana gambaran penuh mengenai skandal ini boleh dianggap lengkap? Jika pelbagai siasatan antarabangsa terus mengaitkan namanya dengan aliran dana dan transaksi kontroversi, mengapa beliau masih kekal sebagai misteri terbesar dalam episod yang telah mengubah landskap politik negara?
Perdebatan mengenai 1MDB sering terperangkap dalam pertarungan politik antara penyokong dan penentang. Akibatnya, tumpuan terhadap usaha mengesan individu yang menjadi subjek pelbagai siasatan antarabangsa semakin tenggelam di sebalik pertikaian partisan.
Rakyat berhak mengetahui keseluruhan cerita, bukan sekadar sebahagian daripadanya.
Siapa yang merancang struktur transaksi? Siapa yang mengatur rangkaian kewangan antarabangsa? Siapa yang memperoleh manfaat terbesar daripada operasi tersebut? Siapa yang masih belum memberi jawapan di hadapan mahkamah terbuka?
Selagi persoalan itu belum dirungkai sepenuhnya, skandal 1MDB akan terus meninggalkan ruang kosong yang sukar diisi.
Najib telah melalui proses kehakiman. Keputusannya sudah diketahui umum.
Jho Low pula masih menjadi buruan.
Di situlah terletaknya tanda tanya terbesar yang terus menghantui skandal 1MDB sehingga hari ini.

Adakah Jho Low balik untuk mengetuai kumpulan untuk membina naratif baharu ke arah membebaskan beliau sepenuhnya?