Kedudukan Undang Nan Empat Diperakui Oleh SUA Aminuddin

Melaka Digest
By -
0

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd Shah memohon maaf kepada Institusi Undang Yang Empat susulan tindakannya merujuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai ‘Tok Undang ke-5’.


Menurut beliau, penggunaan gelaran tersebut dibuat dengan merujuk kepada naratif yang telah lama beredar di media sosial dan bukannya bertujuan memperlekehkan institusi adat negeri sambil menegaskan Pakatan Harapan sentiasa menghormati kemuliaan institusi Undang.

“Saya mulakan dengan permohonan maaf kepada Datuk Undang Yang Empat atas tindakan saya yang berseloroh dengan YB Anthony Loke dengan memetik gelaran yang diberikan dalam media sosial kepada beliau ‘Tok Undang’,” katanya.

Beliau mendakwa gelaran berkenaan telah dimainkan secara meluas di media sosial sejak April lalu dan terus disebarkan oleh pelbagai platform selepas insiden berkenaan.

"Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menafikan perkara ini, saya ingin menegaskan bahawa semua hantaran, komen dan bahan berkaitan telah direkodkan serta disimpan sebagai rujukan," tambahnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa perkara itu akan dirujuk kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan lanjut terhadap mana-mana akaun yang didakwa menyebarkan kandungan berkaitan mengikut peruntukan undang-undang.

"Saya serahkan kepada kebijaksanaan rakyat Negeri Sembilan untuk menilai sendiri siapakah yang mula memainkan naratif ini dan siapa yang benar-benar konsisten mempertahankan kemuliaan institusi Undang daripada dijadikan bahan sindiran atau alat percaturan politik," ujarnya.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)