Maszlee Bukan 'Poster Boy' Pakatan Harapan

Melaka Digest
By -
0



"Buat apa nak debat dengan orang yang sudah ada rekod kerja dan pencapaian?"
- Syafiq Shaharuddin, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.
Maszlee bukan datang dengan rekod yang meyakinkan sebagai Menteri Pendidikan. Sepanjang hampir 20 bulan memegang portfolio itu, beliau berdepan pelbagai kontroversi dasar dan kritikan sehingga akhirnya mengumumkan peletakan jawatan pada 2 Januari 2020, berkuat kuasa 3 Januari 2020, ketika beliau di dalam kabinet Mahathir 2.0.

Walaupun Maszlee kemudian menegaskan beliau tidak dipecat, beliau sendiri mengakui keputusan itu dibuat selepas menerima nasihat dan arahan daripada Tun Mahathir. Malah beliau adalah Menteri kabinet pertama yang dipecat ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri kali ke-2.


Rekod tidak boleh dipadam. Sejarah tidak boleh ditulis semula.


Kalau ketika diberi peluang mentadbir kementerian paling penting pun prestasinya menjadi pertikaian sehingga terpaksa melepaskan jawatan atas asas apa rakyat perlu menerima beliau sebagai wajah baharu Pakatan Harapan?

Rakyat menilai berdasarkan rekod, bukan retorik.

Tambahan pula jika berjaya membawa makanan segera ‘McD’ ke Simpang Renggam sebagai penanda aras kejayaan beliau ketika menjadi wakil rakyat Parlimen, maka malanglah rakyat di kawasan yang akan diwakilinya.

Itu belum termasuk dengan janji beliau tentang hapuskan tol dan sebagainya, semuanya ‘kencing’.
 


 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)