Tuan Ibrahim, Sanusi Minta Pilih BN Di Johor

Melaka Digest
By -
0

Dari sumber


Sebuah poster yang tular di media sosial baru-baru ini mengundang perhatian apabila menggesa penyokong PAS mengundi calon PAS sekiranya parti itu bertanding. Namun, jika PAS atau Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon, penyokong disaran memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) dan bukan kepada Pakatan Harapan (PH).

Apa yang pada mulanya kelihatan seperti sekadar bahan kempen kini menjadi lebih signifikan apabila mesej itu selari dengan kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mengarahkan ahli dan penyokong PAS supaya mengundi calon UMNO-Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi oleh Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

Kenyataan itu kemudian diperkukuhkan lagi oleh Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau menjelaskan bahawa jika tiada calon PN bertanding, pengundi perlu mengambil pilihan yang dianggap "lebih kecil mudaratnya" dengan mengundi BN. Menurut beliau, objektif utama strategi tersebut adalah bagi memastikan PH tidak memenangi pilihan raya di Johor.

Apabila dua kenyataan ini dibaca bersama poster yang tular, ia bukan lagi sekadar persepsi yang dibina di media sosial. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu, kepimpinan PAS sendiri melihat sokongan kepada BN sebagai satu pilihan taktikal untuk menghalang kemenangan PH.

Dalam konteks ini, kenyataan Tuan Ibrahim dan Muhammad Sanusi menunjukkan bahawa fokus strategi mereka adalah menghalang kemenangan PH di kawasan yang tidak ditandingi PN.

Poster yang tular mungkin hanya menjadi pencetus perbincangan. Namun apabila kandungannya selari dengan kenyataan rasmi pemimpin kanan PAS maka arahan ini adalah serius.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)