'E-Voting': Agenda 'Kartel Farhash' Manipulasi Pilihanraya?

Melaka Digest
By -
0



Sumber: Edisi Siasat, 25 Julai 2026


KUALA LUMPUR: Dakwaan mengenai satu gerakan “Kartel Farhash” untuk menstruktur semula projek MyKad dan Sistem Pendaftaran Penduduk Bersepadu Nasional (INPReS) telah mencetuskan persoalan mengenai tadbir urus, keselamatan data serta masa depan infrastruktur identiti digital negara.

Menurut maklumat yang diperoleh, beberapa siri mesyuarat melibatkan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pegawai-pegawai kanan dan ketua agensi kerajaan didakwa membincangkan cadangan menamatkan kontrak sedia ada projek MyKad sebelum ia dipindahkan kepada MIMOS Berhad, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang boleh dikawal oleh ‘Kartel Farhash’.

Sumber turut mendakwa bahawa cadangan tersebut melibatkan perubahan terhadap projek MyKad dan tender INPReS walaupun kontrak MyKad sedia ada dikatakan masih berkuat kuasa serta sedang dilaksanakan.

Maklumat yang diterima turut mengaitkan beberapa individu korporat dan syarikat teknologi yang kontroversi seperti Dato’ Aminul Islam (Amin Bangla) Pengasas Bestinet, TS Wong (Wong Thean Soon) pengasas Zentrix AI, Lim Kok Han (Teleng) dan sebuah syarikat teknologi dari Jerman bernama DERMALOG.

Dato’ Teleng dikaitkan sebagai ‘orang kepercayaan’ Tan Sri Azam Baki bekas KP SPRM yang didedahkan sebagai mafia korporat dalam Bloomberg baru-baru ini.

Antara isu yang menjadi perhatian ialah dakwaan bahawa pelaksanaan projek akhirnya akan dikendalikan oleh ‘Kartel Farhash’ bersama sekutunya dan syarikat asing menggunakan MIMOS. Sekiranya benar, perkara itu berpotensi menimbulkan persoalan mengenai pemilikan benefisial, kawalan operasi, pengurusan data serta akauntabiliti pelaksanaan projek strategik negara.

Turut dibangkitkan ialah kebimbangan mengenai kemungkinan penguasaan serentak terhadap sistem MyKad, INPReS, teknologi pengesahan identiti dan ekosistem digital yang berkaitan. Dakwaan tersebut mengaitkan perkara itu dengan pelaksanaan sistem e-voting pada masa hadapan untuk manipulasi undi dalam pilihanraya susulan kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Negeri Johor baru-baru ini.

MyKad merupakan komponen kritikal dalam ekosistem identiti negara yang digunakan bagi urusan kewarganegaraan, perkhidmatan kerajaan, institusi kewangan, telekomunikasi, bantuan sosial serta pelbagai transaksi digital. Sebarang perubahan terhadap sistem ini sewajarnya dilaksanakan secara telus, melalui proses yang mematuhi undang-undang serta mendapat penelitian semua pihak berkepentingan.

Dakwaan bahawa wujud pengaruh yang digelar sebagai “Kartel Farhash” sehingga berupaya mempengaruhi keputusan ketua jabatan atau agensi kerajaan dalam urusan melibatkan projek strategik seperti MyKad, INPReS dan pelaksanaan e-voting sememangnya mencetuskan kebimbangan terhadap tadbir urus serta keselamatan identiti negara. Sekiranya dakwaan tersebut mempunyai asas, ia menimbulkan persoalan mengenai tahap ketelusan proses membuat keputusan, integriti institusi awam dan perlindungan data peribadi jutaan rakyat Malaysia.

Pemerhati berpandangan bahawa sekiranya benar wujud cadangan untuk mengubah struktur pelaksanaan projek strategik seperti MyKad dan INPReS, kerajaan wajar memberikan penjelasan secara terbuka bagi mengelakkan spekulasi serta memastikan keyakinan rakyat terhadap keselamatan data identiti negara terus terpelihara.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)