Apabila Sultan Selangor menzahirkan pandangan mengenai projek LRT3, fokus baginda bukan sekadar kepada angka penjimatan atau nilai kontrak. Titah tersebut menyentuh perkara yang lebih besar, iaitu kepentingan rakyat, keperluan infrastruktur masa hadapan dan tanggungjawab memastikan sistem pengangkutan awam dibangunkan mengikut keperluan sebenar, bukannya sekadar mengejar penjimatan kos.
Namun, reaksi Lim Guan Eng dan Tony Pua lebih tertumpu kepada mempertahankan keputusan mereka ketika merasionalisasikan projek LRT3. Penjelasan yang diberikan dipenuhi angka, model pembiayaan dan dakwaan bahawa kerajaan ketika itu berjaya menjimatkan berbilion ringgit wang awam. Persoalannya, adakah itu benar-benar menjawab inti pati yang dibangkitkan melalui titah Sultan Selangor?
Jika keputusan mengurangkan skop projek dibuat berdasarkan kajian teknikal yang begitu kukuh, mengapa lima stesen yang pernah digugurkan akhirnya dimasukkan semula?
Jika tiga gerabak dikatakan sudah mencukupi sehingga tahun 2035, mengapa kapasiti tren akhirnya dipertingkatkan semula?
Soalan-soalan ini tidak boleh diketepikan kerana ia menyentuh asas kepada keputusan yang pernah dibuat.
Realitinya, apabila komponen yang pernah dipotong akhirnya dikembalikan, persepsi yang timbul ialah keperluan asal projek mungkin lebih besar daripada apa yang dianggarkan ketika proses rasionalisasi dilakukan. Jika penilaian terdahulu benar-benar tepat, mengapa kerajaan selepas itu merasakan terdapat keperluan untuk memperluaskan semula skop projek?
Inilah persoalan yang masih belum dijawab secara tuntas.

Penjelasan mengenai penjimatan kos mungkin menerangkan mengapa sesuatu keputusan dibuat tetapi ia belum semestinya membuktikan bahawa keputusan tersebut merupakan pilihan terbaik untuk kepentingan rakyat dalam jangka panjang.
Titah Sultan Selangor turut mengingatkan bahawa LRT3 bukanlah projek yang dibina untuk memenuhi agenda politik mana-mana pihak. Projek ini diwujudkan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya, meningkatkan mobiliti penduduk serta menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Selangor pada masa hadapan. Ertinya, ukuran kejayaan projek bukan sekadar berapa banyak wang yang dapat dijimatkan, tetapi sejauh mana kemudahan yang dibina mampu memenuhi keperluan rakyat.
Atas sebab itu, isu sebenar bukanlah sama ada Lim Guan Eng atau Tony Pua berjaya menjimatkan berbilion ringgit. Isu yang lebih penting ialah sama ada penjimatan tersebut dicapai dengan mengorbankan sebahagian keperluan yang akhirnya terpaksa dipulihkan semula.
Apabila lima stesen dikembalikan, kapasiti tren ditambah semula dan beberapa komponen projek dinaik taraf semula, sudah tentu rakyat berhak bertanya sama ada rasionalisasi terdahulu benar-benar menghasilkan keputusan yang paling tepat. Soalan ini bukan bertujuan menafikan kepentingan disiplin fiskal tetapi untuk memastikan penjimatan tidak mengorbankan keperluan asas pengguna pengangkutan awam.
Maka, kenyataan Lim Guan Eng dan Tony Pua mungkin berjaya mempertahankan keputusan mereka dari sudut kewangan. Namun dari sudut kepentingan rakyat dan mesej yang dizahirkan melalui titah Sultan Selangor, persoalan yang paling penting masih kekal belum terjawab.
Jika sebahagian besar perkara yang pernah dipotong akhirnya perlu dikembalikan semula, apakah itu benar-benar boleh dianggap sebagai keputusan yang paling tepat sejak awal?
Guan Eng dan Tony Pua bukan menjawab tetapi memberi alasan yang tidak cerdik.

.jpeg)